Bismillahirrahmanirahim ... Assalamualaikum dan hai korang semua. Sudah setahun saya tidak mencoret di blog saya ni. Bukan lagi berhabuk, tetapi yang paling teruk, ia bahkan tidak lagi pernah lagi wujud di kamus hidup saya ni. Haha , macam lucu pula saya rasa. Alhamdulillah , malam ni , saya sudah mula mengemas kini blog ni dengan wajah baru, mudah-mudahan ia menjadi satu jalan baru untuk saya berkarya di alam maya, memandangkan saya baru sahaja habis Tingkatan 6 . Pagi ni , rasanya datang pula mood mau mencoret kenangan. Kenangan? Kenangan apanya? Sejak dua menjak ni, saya rasa rindu pula meninggalkan rakan sekolah dan sekolah yang saya cintai. InsyaAllah, saya nak kongsikan sedikit tentang serba sedikit perjalanan hidup selama menjadi pelajar sekolah menengah sepanjang 6 tahun . Saya masih ingat, hari pertama saya nak mendaftar sekolah baru tu kan, sangat payah, sampai tidak tahu mana sekolah tu, disebabkan sekolah ni baru sahaja berpindah di Kinarut, Papar. Korang t...
Ulasan