Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

NajwaLatif, Syamkamarul Ft SleeQ-Sahabat

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita di minggu ini. Hari ini saya akan berkongsi dengan anda berkenaan tentang lagu anak Pak Latif kita, Najwa Latif... Tapi dalam lagu ini dia tidak berseorangan menyanyi, tetapi dia berduet dengan Syamkamarul dan SleeQ! Ini yang terbaik! Hah, tanpa membuang masa mari kita dengar lagu ini. Lirik juga disertakan untuk kemudahan anda... Selamat mendengar. Ehsan dari Youtube... Terima kasih. Kau ada dikala ku suka, Di kala ku duka, Setiap tangisan dan juga ketawa, Kau ada dikala ku perlu, Setia menantimu, Pegang erat tanganku bila aku jatuh. Kau lah yang selalu, Selalu menemaniku, Mendengar kisah pahit manis, Hidup ku. Kau lah yang di situ, Setia menunggu ku, Kau lah yang satu, Menjadi sahabatku. Ku tahu ku kan selalu ada, Pada dirimu, Dan ku harap kau juga rasa begitu. Kau lah yang selalu, Selalu menemaniku, Mendengar kisah pahit manis, Hidupku. Kau lah yang selalu,

Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2012M / 1433H

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم ### MTQ Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Darul Takzim. Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita pada hari ini. Pada Hari ini ada topik yang menarik ingin saya kongsikan kepada anda semua. Pada 4 Jun 2012, Telah diadakan Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Kebangsaan 2012. Tahun ini Johor merupakan tuan rumah bagi MTQ Peringkat Kebangsaan. Seramai 14 Qari dan Qariah dari seluruh negeri di Malaysia bertanding dalam majlis ini. Saya juga menonton MTQ ini. Persaingan antara mereka sangatlah sengit selama 4 hari bertanding. Saya juga kagum dengan alunan ayat-ayat suci Al- Quran yang telah disampaikan oleh semua Qari dan Qariah yang bertanding. Tidak ketinggalan juga dari negeri saya, Sabah turut mengikuti Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-55 Tahun 2012 Masihi bersamaan 1433 Hijrah. Pelbagai taranum yang sempat saya dengari seperti Hijjaz, Bayati, Nahwan dan sebagainya.

Cuti Sekolah!

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم ### Kerja rumah....ooooh....Kerja Rumah...^_^ Assalamualaikum semuanya...yipee...! seronoknya cuti sekolah... dapat menenangkan fikiran selepas menduduki peperiksaan di sekolah. Alhamdulillah dapat cuti juga akhirnya...hehehe...2 minggu lagi tu...gempak! Main komputer riba selama 24 jam! Saya juga membuat sedikit kerja rumah yang telah diberikan oleh cikgu sebelum cuti selama 2 minggu... Walaupun 2 minggu sahaja cuti, namun saya gembira kerana dapat pulang ke rumah untuk bertemu degan keluarga setelah beberapa bulan "terperangkap di bakau". Apa pun, saya mengucapkan selamat bercuti dan Semoga Berjaya kepada mereka yang bakal mendapat keputusan peperiksaan nanti...semoga anda semua dapat mencapai kejayaan yang diimpi-impikan. InsyaAllah, dengan penat lelah untuk mengulangkaji, menghafal dan membuat nota pelajaran akan mendapat hasil yang baik nanti. Sekian pena untuk hari ini, Wassalam.