Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2012M / 1433H
بسم الله الرحمن الرحيم
### MTQ Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Darul Takzim.
Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita pada hari ini. Pada Hari ini ada topik yang menarik ingin saya kongsikan kepada anda semua. Pada 4 Jun 2012, Telah diadakan Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Kebangsaan 2012. Tahun ini Johor merupakan tuan rumah bagi MTQ Peringkat Kebangsaan. Seramai 14 Qari dan Qariah dari seluruh negeri di Malaysia bertanding dalam majlis ini. Saya juga menonton MTQ ini. Persaingan antara mereka sangatlah sengit selama 4 hari bertanding. Saya juga kagum dengan alunan ayat-ayat suci Al- Quran yang telah disampaikan oleh semua Qari dan Qariah yang bertanding. Tidak ketinggalan juga dari negeri saya, Sabah turut mengikuti Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-55 Tahun 2012 Masihi bersamaan 1433 Hijrah. Pelbagai taranum yang sempat saya dengari seperti Hijjaz, Bayati, Nahwan dan sebagainya. 1 jam tadi, telah berlangsung pula Majlis penutupan bagi Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan. Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa yang telah disampaikan oleh S.S Mufti Besar Johor. Saya juga sempat melihat penyampaian hadiah bagi semua Qari dan Qariah sebentar tadi. Berikut merupakan keputusan Jemaah Hakim MTQ Peringkat Kebangsaan Kali ke-55 Tahun 2012;
QARI
- Tempat Pertama: NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
(Muhammad Anuar bin Ghazali) = 93.66% - Tempat Kedua: NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
(Zul Hashimi bin Mohamed Yunus) = 87.99% - Tempat Ketiga: NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU
(Mohd Raffe Ghalil bin Abas) = 86.68%
QARIAH
- Tempat Pertama: WILAYAH PERSEKUTUAN
(Hajjah Che Aminah binti Che Awang) = 84.33% - Tempat Kedua: NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU
(Nur Faten Izzati bin Rablin) = 79.00% - Tempat Ketiga: NEGERI KEDAH DARUL AMAN
(Marziah binti Mohd Deli) = 78.6
JOHAN KESELURUHAN
- NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
Sekian itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Sekian, Wassalam.
Ulasan