Throwback : Debaran STAM 2017
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum kawan-kawan sekalian ! Alhamdulillah , saya masih lagi dapat mencoret di blog ni dan juga dapat bertemu dengan semuanya . Ni hari , saya ada mau coretkan satu kenangan laa kononnya .
Pada 18 Januari minggu lalu , seperti mana semua calon STAM sudah sedia maklum , ia merupakan satu tarikh bersejarah kepada mereka , termasuk saya sendiri . Nak ulang cerita , bagaimana gelabah nak tunggu bila keluar keputusan STAM 2017 tu memang Allah saja yang tau . Perasaan , semuanya bercampur aduk ; sedih ada , resah ada , teruja ada , takut ada , menyesal ada dan pelbagai lagi 1001 macam perasaan timbul . Itulah kenangan yang tak boleh dilupakan .
Sedikit cerita semasa ambil result hari tu ...
Saya dan keluarga jalan ke sana dari Ranau kira-kira pada jam 6 dan sampai ke Kota Kinabalu pada jam 9 pagi . Di dalam kereta tu , saya diam memanjang saja , tak nak bercakap dengan mama sama ayah , walaupun mereka cuba untuk bercakap dengan saya sepanjang perjalanan . Seakan-akan mau tidak mahu sahaja mau bercakap . Maafkan adik yaa , haha .
Beberapa meter sebelum sampai ke sekolah , kami sekeluarga pergi ke warung bakso yang pertama kali memikat saya sewaktu masih belajar dulu . Selepas tu , saya recommend sama mereka untuk singgah ke sana sejak dari hari tu . Sambung cerita , untuk menenangkan hati yang saat itu masih gundah gulana , kami makan bakso yang maha sedap di sana . Kalau siapa yang nak ke sana , cari saja Warung Bakso Kinabalu . Terletak di tepi jalan , kawasan Kinarut , Papar . Orang yang dari arah Kota Kinabalu dan juga Brunei Darussalam dipersilakan singgah dahulu ke sini yaa . Haha , kiranya nak promote warung ni .
Ehemm , balik pada cerita , selepas itu , kami teruskan perjalanan sehinggalah sampai ke sekolah . Mama sama ayah tidak ikut turun dari kereta , mereka nak jalan-jalan dulu sementara tunggu saya ambil keputusan . Kiranya nak honeymoon laa katakan . Tidak apa bah , bukan selalu kan ? Haha .
Turun saja dari kereta , saya terus berjumpa dengan rakan-rakan di kantin sekolah . Nervous jumpa dengan mereka , makin sihat walafiat semua nampaknya . Hensem dan cantik gitu . Haha , syukur alhamdulillah . Selepas itu saya naik ke blok pentadbiran , berjumpa dengan guru-guru dan sahabat-sahabat yang lain . Di situ , ada beberapa orang wartawan sedang menemu ramah 3 orang kawan saya , syukur alhamdulillah , mereka ini merupakan di antara 7 orang yang mendapat pangkat mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia tahun lalu .
Tajuk paling lucu , haha . Bangga sama kamu ! |
Siap masuk surat khabar lagi , tahniah untuk kamurang semua :) |
Pertama sekali buat di sana adalah menguruskan sijil berhenti sekolah , ambil sijil SPM dan juga MUET . Kami juga berkesempatan berjumpa dengan guru-guru , para asatiz dan asatizah di sana , terasa teruja pula saya ni , haha .
Waktu ni sibuk urus sijil berhenti , ambil sijil SPM dan sijil MUET |
Okay , di saat itu juga , sesi bergambar dengan para pelajar yang berjaya mendapat mumtaz dan jayyid jiddan sedang dibuat oleh orang-orang media di situ . Sahabat saya , Abdul Halim dan juga Umar Haneef serta Umairah Abdul Wahab sedang ditemu ramah oleh wartawan .
Pelajar jayyid jiddan |
Setelah berurusan di atas , kami semuanya turun ke aras bawah blok pentadbiran untuk mengambil keputusan kami di bilik gerakan sekolah .
Panorama semasa ambil result |
Rindu ustazah semua |
Ini Ustaz Nurhasan , saya suka ustaz ni sebab jenis sporting dan baik |
Yang baju melayu biru tu namanya Halim |
Memang waktu ni , nak masuk dalam tu berdebar sangat , apakah keputusan yang saya dapat , waktu tu , tawakkal saja yang mampu . Haha .
Setelah ambil keputusan ...
Alhamdulillah , tidak ada kata saya dapat ucapkan selain daripada kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah .
Setelah mendengar beberapa khabar dari sekolah , terdapat 7 orang mendapat pangkat mumtaz , 12 orang mendapat pangkat jayyid jiddan , 17 jayyid dan 5 maqbul . Syukur , tahun lalu , peningkatan pelajar yang mendapat mumtaz dalam STAM, alhamdulillah .
Mesti kamurang pelik kan ? Apa tu mumtaz , jayyid jiddan , jayyid , maqbul dan rasib . Hah ! Ini merupakan tahap pencapaian yang digunakan dalam STAM . Kalau dalam SPM , ia macam gred A, B, C, D atau E dan juga G.
Mari saya perkenalkan kepada anda .
- Mumtaz = Cemerlang (A+, A, A-)
- Jayyid Jiddan = Sangat Baik (B+, B)
- Jayyid = Baik (C+, C)
- Maqbul = Lulus (D, E)
- Rasib = Gagal (G)
Begitulah "contoh ukuran" gred yang digunakan dalam STAM dengan SPM.
Okay , balik bercerita , saya dan kawan-kawan di sekolah sampai ke petang. Selepas sembahyang Zohor , saya dan dua orang kawan stay sekejap di dalam surau , barulah kami pergi ke dewan makan asrama . Rindunya pula tau , jumpa babu-babu yang baik hati .
Terserempak pula dengan kawan-kawan di sana , sedang makan ais krim . Haha . Setelah beberapa jam di sana , tibalah waktu makan . Dengan selamba , saya terus ambil tray untuk makan .
Makanan legend |
Selepas makan , saya naik balik ke blok pentadbiran untuk mengambil sijil berhenti sekolah dan terus balik ke Ranau . Nak pergi tamu , cari makan lagi kan ? Haha
Aramai Tii ! |
Tamu Kundasang |
Itu sahaja cerita untuk hari ni . Beberapa gambar lagi dilampirkan untuk anda semua . Chekedaut !
Sebahagian Lafunday |
Sebahagian Ohana |
Di kesempatan ini , saya ingin mengucapkan sekalung syabas dan tahniah kepada semua calon STAM 2017 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan . Semoga itu menjadi pembakar semangat kepada kalian semua untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi lagi , insyaAllah tahun ini.
Kepada yang tidak bernasib baik , jangan sedih . Kerana anda masih lagi ada peluang untuk perbaiki lagi keputusan anda dengan mengulang mata pelajaran yang rasib pada tahun ini . Kuatkan semangat anda semua agar anda juga berjaya seperti kawan-kawan anda yang lain . Amiin .
Untuk anda yang ingin mengambil STAM pada tahun ini , sama ada yang elamat maju jaya dan kuatkan tekad anda untuk berhadapan dengan 10 subjek ini . Pesan saya, jangan sesekali meng-anak tiri-kan mana-mana subjek untuk dipelajari , kerana semuanya penting . Jika salah satu subjek rasib , maka keputusan keseluruhan juga akan terkena tempiasnya . Jadi , ingat itu ! Selain itu , dekatkan diri kepada Allah sentiasa , hormati para guru dan menjaga kesihatan fizikal serta mental juga amat diperlukan .
Untuk mereka yang teringin untuk mengambil STAM pada tahun ini atau tahun depan , saya sangat recommend kepada anda untuk mengambilnya , kerana sijil ini setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan juga A-Level . Diploma lagi tuu , haha .
Anda juga boleh baca entry berkenaan tentang STAM di :
untuk lebih pencerahan .
Sebelum mengakhiri entri untuk hari ini , saya ingin dedikasikan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang amat saya kasihi dan juga kepada satu-satunya abang saya dalam dunia ni , kerana telah memberi semangat yang tak putus dalam menuntut ilmu ini . Selain itu , jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada para guru , asatiz dan asatizah SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah , SAN Pekan Ranau dan SK St Benedict, Ranau yang telah berkorban demi kecemerlangan dan keberhasilan anak-anak murid dalam pelajaran sehingga menjadilah kami yang sekarang ini . Tidak dilupakan juga kepada semua kawan saya yang memberi tunjuk ajar , teguran yang membina diri ini , saya sangat menghargainya . Terima kasih semuanya ! :)
Sekian itu sahaja coretan untuk hari ini , semoga kita semua dapat bersua kembali di masa akan datang . InsyaAllah . Wassalamualaikum :)
Ulasan