Kenangan di Top One
Bismillahirrahmanirahim ...
Assalamualaikum dan hai korang semua. Sudah setahun saya tidak mencoret di blog saya ni. Bukan lagi berhabuk, tetapi yang paling teruk, ia bahkan tidak lagi pernah lagi wujud di kamus hidup saya ni. Haha , macam lucu pula saya rasa. Alhamdulillah , malam ni , saya sudah mula mengemas kini blog ni dengan wajah baru, mudah-mudahan ia menjadi satu jalan baru untuk saya berkarya di alam maya, memandangkan saya baru sahaja habis Tingkatan 6 .
Pagi ni , rasanya datang pula mood mau mencoret kenangan. Kenangan? Kenangan apanya? Sejak dua menjak ni, saya rasa rindu pula meninggalkan rakan sekolah dan sekolah yang saya cintai.
InsyaAllah, saya nak kongsikan sedikit tentang serba sedikit perjalanan hidup selama menjadi pelajar sekolah menengah sepanjang 6 tahun .
Saya masih ingat, hari pertama saya nak mendaftar sekolah baru tu kan, sangat payah, sampai tidak tahu mana sekolah tu, disebabkan sekolah ni baru sahaja berpindah di Kinarut, Papar. Korang tau tak mana tu? Kalau orang-orang di kawasan Papar tau bah tu. Bangunan lamanya pula ada di Sembulan, Kota Kinabalu, teramatlah dekat dengan Masjid Negeri Sabah.
Hah, kalau korang nak tau macamana sekolah saya dulu, tapi saya tidak sempat dengan sekolah ni, sebab dah pindah waktu nak daftar masa Tingkatan 1. Tapi tidak apalah , kita throwback sekolah lama ... Tadaa , nilah sekolahnya !
Kalau korang nak tau macamana sekolah baharu, inilah dia ...
Sekolah lama SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah |
Kalau korang nak tau macamana sekolah baharu, inilah dia ...
Sekolah baharunya ini ... |
Masuk saja batch saya ke Tingkatan 1 , terus pihak atasan pindahkan kami ke sekolah baharu. Kiranya waktu tu memang infrastruktur sekolah belum lagi siap dibina , air dan elektrik pun belum lagi dipasang sempurna untuk kegunaan sekolah , barang-barang dari sekolah lama dan barang baru pun belum lagi di pasang dan masih lagi dibiarkan berlonggok di koridor utama.
Oleh kerana itu, kami diberi cuti selama 3 hari untuk mengemaskan sekolah baharu itu. Saya masih lagi ingat , waktu tu punyalah susah betul , sampai keluar perkataan "macam di Somalia saja kita ni". Haha. Tapi syukur dapat juga bertahan sampai habis sekolah dengan pelbagai penambah baikan dan juga pembangunan baharu dibuat oleh pihak yang punya kewajiban membuatnya.
Di sinilah , saya mula berkenalan dengan ramai kawan dan sahabat yang datang daripada pelbagai bangsa , keturunan dan juga latar belakang keluarga . Saya juga perlu membiasakan diri dalam suasana pembelajaran yang sudah berputar 180 darjah . Dengan konsep sekolahnya bercirikan sekolah agama , murid daripada pelbagai bangsa . Hah ! Point ni saya nak cakap . Admin berbangsa Dusun Ranau . Kebiasaannya di sekolah rendah , admin memang di sana memang bergaul dengan rakan sebangsa sahaja , sebab cuma itu sahaja yang ada di sana . Haha ! Disebabkan admin bersekolah di sini , admin berjumpa dengan banyak pelajar dari suku bangsa Bajau , Brunei , Melayu , Irranun dan pelbagai bangsa lagi di Sabah di Bawah Bayu ni .
Seperti kebiasannya sebagai junior sekolah dan asrama , kami perlu jalani orientasi pelajar baru . Saya masih ingat lagi , waktu barang amanah hilang , kami didenda membersihkan tempat wudhuk lelaki sampai bersih . Basah lagi membersih , dan sudah mandi waktu tu . Kalau tidak silap lepas sembahyang Isyak . Haha ! Kenangan :)
Dipendekkan cerita , selama 6 tahun saya berada di sekolah ni , banyak sekali saya pelajari tentang kehidupan , cara menjadi seorang Islam yang baik dan juga pelbagai lagi curahan ilmu dari para guru yang saya amat kasihi . Terima kasih guru-guruku !
Di samping itu , saya juga ingin berkongsi dengan anda beberapa gambar kenangan sepanjang saya bersekolah di SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah dulu ... Let's go !
Kelas 1 Umar ... Cuba cari mana saya sana . |
Kawan kelas jiran sebelah , 1 Abu Bakar |
Waktu ni form 3 |
Setelah habis majlis perpisahan Pra-U 2015 |
Abang Eeeeiiitttcchh |
Lafunday waktu Ihtifal SMU , kenangan batch terakhir Ihtifal di Wisma MUIS . Haha |
Espiyem 2016 ... |
Keluarga Lafunday 99 ! |
Dulu abang Me' sakit , sekarang sudah eeeiitttcchh , haha |
Ohana family |
Al-Iqram FC , ni time form 3 |
Foto selepas sahaja habis peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lalu ...
Akhirnya , batch 1999 pun sudah menamatkan persekolah . Benarlah orang kata , setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan . Foto di bawah ini sekitar majlis perpisahan Pra-U 2017 . Rindunya ... Chekedaut !
Ulasan