Nasi Goreng Pattaya Homemade Mama

Bismillahirrahmanirahim ...

Assalamualaikum korang semua ! Alhamdulillah , kita masih lagi diberi peluang oleh Allah swt untuk terus meneruskan hidup dan menghirup udara yang segar di pagi hari ini .

Okay , seperti hari-hari yang lain , saya akan meneruskan carutan saya untuk kali ini berkaitan dengan resepi . Ai ? Sejak bila pula suka sangat dengan bab-bab resepi ni admin wooi ? Pegang pisau pun takut jari luka terpotong . Haha . Sebenarnya ada beberapa perkara yang mendorong saya untuk tiba-tiba terbuka hati untuk menulis blog pasal resepi ni .

Antara faktornya ialah :

  • Bosan dengan resepi setiap hari.
  • Mahu ada kelainan dalam citarasa.
  • Tambah ilmu dalam masakan , seeehhh !

Okay , hari ini , saya ingin menunjukkan cara-cara bagaimana mama saya buat satu resepi terbaru , kiranya resepi ni sudah dibuat bulan lalu . Haha . Tapi tidak apa , mari kita semak resepi "Nasi Goreng Pattaya Homemade Mama" !

Gambar sekadar hiasan sahaja


Sebelum kita memulakan aktiviti memasak ni , adalah menjadi kemestian dan juga kewajipan bagi kita untuk mengetahui apa bahan-bahan yang diperlukan semasa memasak resepi ini . Chekedaut !




Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. Nasi 1 mangkuk besar
  2. Minyak masak
  3. Sayur kubis
  4. Bawang kecil (1 biji dipotong)
  5. Halia (1 ulas)
  6. Sayur campur (mixed vegetables)
  7. Ikan papan (1 papan dipotong dadu)
  8. Isi ayam (dipotong dadu)
  9. Telur (asas untuk tutup nasi goreng cuma 1 biji , tapi kalau mau tambah dalam nasi , atur saja berapa , 2 pun boleh)


Sekarang , mari kita lihat kaifiat memasaknya pula . Yang memasak ni mama saya yaa , saya ni pandai tengok saja , wkaka . Tapi insyaAllah , boleh juga tu nanti . :)

Masukkan minyak ke dalam kuali . Panaskan kuali dengan kepanasan api sederhana

Masukkan potongan bawang kecil dan halia ke dalam kuali . Ini bertujuan untuk mewangikan masakan anda

Kemudian , masukkan isi ayam

Selepas itu , kita masukkan potongan dadu ikan papan


Masukkan sayur campur dahulu dan gaulkan , kemudian baru masukkan kubis

Sebenarnya saya tahu , format memasak nasi goreng pattaya yang asli memang sudah lari habis , tetapi tidak salah kalau kita ubah sedikit atau orang biasa panggil modified bagi mendapatkan kelainan sedikit ; Sebab asasnya cuma nasi goreng yang ditutupi oleh telur sahaja !

Baru kita masukkan 1 mangkuk nasi bersama dengan bahan-bahan yang telah digaulkan tadi

Maka siaplah nasi goreng ...
Tapi kejap , belum lagi tu , sabar dulu , jangan nak terliur semua yaa :)

Untuk menutup nasi goreng , 1 biji pun boleh yaa

Maka akhirnya ...

Tadaa ! Sudah pun siap untuk disaji dan untuk dimakan :)
Diharapkan agar perkongsian pada hari ini dapat membantu anda semua untuk mencuba resepi baharu untuk anda buat dalam kehidupan anda , *macam over pula tau* , haha . Maafkan saya seandainya saya tidak seberapa bagus dan baik dari anda dalam mengendalikan artikel resepi untuk hari ini . Semoga kita bertemu lagi di lain waktu ! Wassalamualaikum :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Ujian JPJ

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017