Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Tidak... C.A.C.A.R ! ! !

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua...! Hari ini Alhamdulillah ada masa nak menulis di blog ini... masih diberi kesempatan olehnya...  Tidak! Saya telah terkena cacar... ini pun kawan saya yang memberitahu.... semasa saya mengetahui perkara tersebut, saya mula stress dengan keadaan itu. Untuk mengetahui tentang bagaimana saya terkena cacar, biar saya menerangkannya satu persatu... Pada hari Rabu lalu bersamaan 30/1/2013, saya telah mengalami demam yang datangnya secara tiba-tiba di badan saya... semasa mengalaminya, badan saya tersangat lemah daripada biasa... Alhamdulillah, masa saya sedang mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit saya, saya bertemu dengan ahli bilik saya juga dan dia memberi saya satu ubat panadol. Saya makan panadol tersebut selepas menunaikan Solat Maghrib dan Isyak. Masa saya bersalaman dengan seorang abang Tingkatan 5, dia merasakan panas di dahi saya. Saya pun terasa terkejut masa itu dan dia memberitahu abang yang