Tidak... C.A.C.A.R ! ! !
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua...! Hari ini Alhamdulillah ada masa nak menulis di blog ini... masih diberi kesempatan olehnya...
Tidak! Saya telah terkena cacar... ini pun kawan saya yang memberitahu.... semasa saya mengetahui perkara tersebut, saya mula stress dengan keadaan itu. Untuk mengetahui tentang bagaimana saya terkena cacar, biar saya menerangkannya satu persatu...
Pada hari Rabu lalu bersamaan 30/1/2013, saya telah mengalami demam yang datangnya secara tiba-tiba di badan saya... semasa mengalaminya, badan saya tersangat lemah daripada biasa... Alhamdulillah, masa saya sedang mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit saya, saya bertemu dengan ahli bilik saya juga dan dia memberi saya satu ubat panadol. Saya makan panadol tersebut selepas menunaikan Solat Maghrib dan Isyak. Masa saya bersalaman dengan seorang abang Tingkatan 5, dia merasakan panas di dahi saya. Saya pun terasa terkejut masa itu dan dia memberitahu abang yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan di asrama
Keesokannya, badan saya telah sembuh seperti sediakala, tetapi ada yang saya rasa lain macam di muka ini... ada dua bintik kecil berada di bahagian otak saya. Pada mulanya, saya rasakan ia merupakan jerawat tetapi pada hari itu juga timbul lagi beberapa bintik seperti itu yang membuatkan saya panik...
Dan pada hari Jumaat, ianya bertambah dan terus bertambah sehingga memenuhi hampir muka saya... atas saranan ketua bilik dan rakan-rakan, saya telah meminta kebenaran cuti dengan warden asrama dan saya telah dibenarkan untuk balik pada hari itu.
Selepas itu, saya telah meminjam telefon daripada pengusaha makanan asrama puteri untuk menelefon ibu-bapa saya. Selepas sekolah saya hanya berada di bilik dan saya tidak pergi Sembahyang Jumaat seperti kebiasaannya. Ayah saya telah mengambil saya kira-kira Jam 11:30 Pagi... dan sampai ke rumah kira-kira jam 3:25.
Selepas sahaja saya balik ke rumah, saya terus melihat Wikipedia berkenaan tentang cacar. Rupa- rupanya, sebelum terkena cacar, seseorang itu akan mengalami demam secara tiba-tiba dan yang masih saya ingat, penyebab- penyebab cacar ialah daripada baju kotor dan daripada udara yang mempunyai 2 jenis virus.
Saya berharap agar cacar ini adalah yang pertama dan yang terakhir...
Untuk masa ini, keadaan bertambah baik dan saya menjangkakan saya akan balik ke asrama dan meneruskan pembelajaran setelah cuti Tahun Baru Cina nanti... Insyaallah...
Sekian itu sahaja untuk hari ini... Wassalam
Ulasan