Israk & Mikraj : Anugerah Teragung untuk Rasul Teragung
Assalamualaikum dan Salam Israk Mikraj kepada semua pembaca. Pada hari ini, bersamaan 6hb Jun 2013 bersamaan 27 Rejab 1434, kita memperingati kembali peristiwa junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W diperjalankan oleh Allah SWT pada satu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Apakah tujuan Allah S.W.T memperjalankan Nabi Muhammad S.A.W? Hah! Tujuannya adalah untuk menunjukkan kekuasaan dan kehebatan Allah kepada Nabi. Mari admin cerita sedikit berkenaan tentang Israk Mikraj. Israk Mikraj berlaku pada 27 Rejab Tahun Ke- 12 kenabian bersamaan tahun 622 Masihi, setahun sebeum Hijrah . Peristiwa ini berlaku semasa Allah SWT menjalankan Nabi Muhammad SAW yang pada masa itu berumur 54 tahun ke Masjidil Aqsa dan seterusnya naik ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha . Perkara ini telah diceritakan oleh Allah SWT di dalam kitabnya, Al- Quran. Surah Al- Isra; Ayat Pertama: سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إ