Israk & Mikraj : Anugerah Teragung untuk Rasul Teragung



Assalamualaikum dan Salam Israk Mikraj kepada semua pembaca. Pada hari ini, bersamaan 6hb Jun 2013 bersamaan 27 Rejab 1434, kita memperingati kembali peristiwa junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W diperjalankan oleh Allah SWT pada satu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. 

Apakah tujuan Allah S.W.T memperjalankan Nabi Muhammad S.A.W? Hah! Tujuannya adalah untuk menunjukkan kekuasaan dan kehebatan Allah kepada Nabi.

Mari admin cerita sedikit berkenaan tentang Israk Mikraj.

Israk Mikraj berlaku pada 27 Rejab Tahun Ke-12 kenabian bersamaan tahun 622 Masihi, setahun sebeum Hijrah. Peristiwa ini berlaku semasa Allah SWT menjalankan Nabi Muhammad SAW yang pada masa itu berumur 54 tahun ke Masjidil Aqsa dan seterusnya naik ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha.

Perkara ini telah diceritakan oleh Allah SWT di dalam kitabnya, Al- Quran. Surah Al- Isra; Ayat Pertama:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى 
الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjidil  Haram ( di Mekah ) ke Masjidil Aqsa ( di Palestin ) yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda- tanda ( kekuasaan dan kebesaran ) Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Masjidil Haram, Mekah

Masjid Al- Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin
Di malam tersebut terdapat 2 peristiwa yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW,

  1. Israk ( اسراء )
  2. Mikraj ( معراج )
Semasa waktu Israk Mikraj, Nabi telah menaiki Buraq bersama Malaikat Jibril dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan seterusnya naik ke Sidratul Muntaha.

Banyak pengalaman yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW, antaranya ialah:

  1. Keadaan pada masa lalu dan masa akan datang.
  2. Bagaimana untuk menghadapi jin Ifrit yang mengganggu Nabi dengan memberi sebuah doa yang harus dibaca Rasulullah.
  3. Hikmah daripada seorang Muslimah bernama Masyitah yang berjihad yang mempertahankan keyakinan akan keesaan Allah SWT.
  4. Keadaan hukuman bagi seseorang yang enggan mendirikan sembahyang, enggan membayar zakat, pemakan riba, suka berbuat zina, Penggangu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk- numpukkan jabatan dan suka menghina orang lain.
  5. Gambaran umat yang terjebak dalam kemewahan dunia, tampil banyak minuman yang halal dan haram diminum oleh umat dan pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin utama. 
Pada waktu Israk dan Mikraj juga, perintah untuk mendirikan solat diberi oleh Allah SWT. Pada permulaannya, solat yang perlu didirikan adalah sebanyak 50 kali sehari semalam. Oleh kerana Nabi Muhammad SAW mendapat keringanan daripada Allah SWT, baginda diberikan 5 kali sehari semalam.

Setelah selesai perjalanan Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW telah diragui dan ditertawakan oleh Kaum Quraisy terutamanya Abu Jahal dan Abu Lahab. Abu Jahal menyifatkan nabi sebagai seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah. Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijr Ismail di hadapan bani Kaab bin Luay

Namun, hanya Abu Bakar yang membenarkan percakapan nabi itu. Aisyah mencatatkan banyak orang Islam yang keluar dari Islam ( Murtad ) selepas peristiwa tersebut.

Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjid Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah, Allah meletakkan Masjidil Aqsa berdekatan dengan rumah Uqail dan memudahkan nabi menceritakannya. Salah seorang daripada mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.

Namun, tarikh Israk dan Mikraj masih lagi menjadi perselisihan di kalangan Ulama'.

- Wikipedia Bahasa Malaysia 

Sekian itu sahaja untuk hari, Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Ujian JPJ

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017