Si Wajah Ayu Bertudung, Sinaran Cleopatra
Ku berjalan membuka pintu pagiku,
Ku lekas persiapkan diriku,
Untuk menghadapi hari baruku
Yang mungkin baik bagiku.
Tanpa tersedar,
Pintu rumah tertutup dengan sangat kuat,
Kerana angin bayu yang menghembuskan udaranya,
Kini tiba masaku,
Keluar dari syurgaku.
Ku berjalan mencari sesuatu yang ku impi,
Mencari, mencari dan terus mencari,
Lalu, mataku menerjah lain dari apa yang berada di fikiran,
Satu sinaran Cleopatra menyilau mataku,
Lalu ku terkaku begitu seketika,
Ku terperanjat,
Gadis tudung ayu berada di depan mataku,
Luluh hatiku melihat wajah bak ayu itu.
Semalam dua,
Ku terjaga dari rehat malamku,
Memikirkannya,
Ku mula bermohon,
Allah, adakah ini seksaan?,
Allah, adakah ini seksaan?,
Atau Kebahagiaan?.
Sekali lagiku keluar dari syurga nikmatku,
Mencari si wajah bak ayu,
Yang memikat hati ini,
Tapi dimana ya?
Tanpa disedari,
Barang kesayanganku jatuh,
Berhamburan,
Mengotori jalanan.
Tanpa hati ini terduga,
Wanita bayangan Cleopatra bak ayu itu,
Muncul di depanku,
Dengan ayu budinya,
Sopan tutur katanya.
Ku bertanya padanya,
Jika dia sudi denganku,
Menjawab si ayu tersebut,
Dengan gelisah tak tentu hala,
Menerima ku di sisinya.
Ku gembira,
Ku bahagia,
Ku bahagia,
Ku tersenyum mesra.
Lalu, kaki ini berlari dengan sepantasnya,
Mulut ini pun mulai membuka bicaranya,
Meneriakan suara sekuat-kuatnya,
Oh, Si Wajah Ayu Bertudung,
Sinaran Cleopatra.
Ulasan