Bismillahirrahmanirrahim ... Assalamualaikum dan hai semua ! Alhamdulillah , kita dapat lagi bersama dalam catatan blog pada kali ini . Baik , sebelum itu , saya nak tarik nafas dulu sebelum mula . Huh ~ huh ~ huh ... Okay , hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang ... teng teng teng . Hah ! Berkenaan pengalaman saya mengikuti ujian JPJ . Ada siapa tidak tau apa tu ? Tapi , sebelum itu , saya ingin terangkan serba sedikit mengenai ujian JPJ ini ... Haha , orait . Apakah gambar di atas tu ? Mesti semua sudah sedia maklum kan ? Baik . Ujian JPJ ini ialah satu ujian praktikal yang mana semua calon pemandu akan diuji kemahiran mereka dalam mengendalikan kenderaan . Setiap ujian yang dijalankan akan diuji oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dan seterusnya mereka yang akan menentukan sama ada anda lulus atau sebaliknya . Ujian JPJ ini dibahagikan kepada 2 bahagian , iaitu : Bahagian II (Bahagian Litar) Naik bukit Laluan "Z" dan...
Bismillahirrahmanirrahim ... Assalamualaikum kawan-kawan sekalian ! Alhamdulillah , saya masih lagi dapat mencoret di blog ni dan juga dapat bertemu dengan semuanya . Ni hari , saya ada mau coretkan satu kenangan laa kononnya . Pada 18 Januari minggu lalu , seperti mana semua calon STAM sudah sedia maklum , ia merupakan satu tarikh bersejarah kepada mereka , termasuk saya sendiri . Nak ulang cerita , bagaimana gelabah nak tunggu bila keluar keputusan STAM 2017 tu memang Allah saja yang tau . Perasaan , semuanya bercampur aduk ; sedih ada , resah ada , teruja ada , takut ada , menyesal ada dan pelbagai lagi 1001 macam perasaan timbul . Itulah kenangan yang tak boleh dilupakan . Sedikit cerita semasa ambil result hari tu ... Saya dan keluarga jalan ke sana dari Ranau kira-kira pada jam 6 dan sampai ke Kota Kinabalu pada jam 9 pagi . Di dalam kereta tu , saya diam memanjang saja , tak nak bercakap dengan mama sama ayah , walaupun mereka cuba untuk bercakap deng...
Qubbah As-Sakhra yang terletak dalam kawasan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin Assalamualaikum dan Selamat Malam semua! Selama beberapa tahun tidak menulis di blog ini, Alhamdulillah saya hadir dengan perkongsian baharu mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan Palestin dan Israel pada saat ini. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua. Isu Palestin yang timbul pada masa ini bermula dengan tindakan orang-orang Yahudi yang ingin menceroboh kawasan perumahan di Syeikh Jarrah, Baitulmaqdis Timur. Tindakan mereka yang berani memasuki rumah, mengusir penghuni rumah dan merampas rumah mereka, jelas menunjukkan sikap sebenar orang-orang Yahudi yang amat sombong. Belum selesai dengan peristiwa tersebut, suatu tindakan yang sememangnya tidak dapat diterima oleh semua apabila para tentera Israel (IDF) menceroboh Masjid Al-Aqsa dan menyerang para jemaah dengan pelbagai bentuk sewaktu melaksan...
Ulasan