Perhubungan diantara Sains dan Islam
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Alhamdulillah rakan Blogger, kita dapat berjumpa lagi pada hari ini. Seperti biasa, saya akan berkongsi dengan anda tentang sesuatu yang menarik untuk dikongsi.
Islam merupakan sebuah agama yang sangat indah. Agama ini mengajar kita menjadi lebih berdisiplin dan taat kepada Allah SWT. Di samping itu juga, Islam mengalakkan umatnya untuk menimba ilmu yang banyak agar kita menjadi umat yang lebih berpengetahuan dan bermanfaat kepada semua orang.
Islam sangat berkait rapat dengan Sains. Kita sering mempelajari matapelajaran Sains di sekolah dan di Universiti. Namun adakah anda perasan bahawa setiap hari kita terdedah dengan ilmu Sains secara tidak langsung? Hah! Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang Kaitan Sains dan Islam.
Sains merupakan satu hasil kajian berkenaan tentang alam semulajadi dan teknologi yang ada disekeliling kita. Sains ini banyak cabangnya serta kerjayanya. Kita diciptakan juga oleh Allah SWT juga merupakan Sains. Bukti yang menyokong kenyataan tersebut ialah:
- Sperma dan Ovum akan bercampur untuk menjadikan zuriat.
- Manusia diciptakan daripada tanah dan air mani.
- Bayi diciptakan daging semasa dalam kandungan lagi.
dan lain-lain.
Sains juga berkait rapat dengan Agama Islam. Antaranya:
- PENETAPAN WAKTU SOLAT
Umat Islam apabila menunaikan Solat, kita diperintahkan oleh Allah SWT untuk menghadap Kaabah di Mekah. Untuk mengetahui sama ada waktu Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak juga memerlukan Sains seperti kedudukan matahari di waktu Pagi, Tengahari dan Petang serta terbenamnya Matahari sebelum waktu malam menjelma.
- PENETAPAN BULAN RAMADHAN DAN HARI RAYA
Setiap tahun, Umat Islam akan menjalani Ibadah Puasa dan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Untuk mengetahui waktu yang sesuai untuk menunaikannya, kita perlulah melihat anak bulan dengan menggunakan teleskop.
Teleskop merupakan alat untuk melihat anak bulan dan bintang di langit. Ia juga merupakan Sains!
Kita juga pernah mendengar tentang Teori Charles Darwin. Dia mengatakan bahawa manusia pada permulaannya daripada seekor monyet. Kenyataan itu jelas bertentangan dengan apa yang Allah SWT jadikan. Manusia ini berasal daripada tanah, bukannya dari monyet!
Dengan fakta yang serba-sedikit ini, maka jelaslah bahawa Sains sangat berkait rapat dengan agama Islam.
Sekian itu sahaja yang dapat dikongsikan, Wassalam.
Ulasan