Syria : Tanah Yang Perlu Ditahankan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, Bloggers! Syukur kerana admin masih boleh menulis di dalam blog ini. 

Dua menjak ini, admin banyak kali membuka internet, bahkan setiap hari. Admin membuka Facebook dan ada sebahagian post dari "orang-orang" Facebook berkenaan tentang Isu di Syria sekarang ini... 

Seperti sedia maklum, Syria mula bergolak dari dahulu lagi. Tetapi, pada tahun 2012 ia lebih menyerlah. Setahu admin, pemerintah di sana sangat kejam kerana ingin membunuh rakyatnya sendiri, terutama sekali penduduknya yang menganut agama Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. 

Admin juga ada melihat gambar-gambar dan video- video tentang Syria ni... aduh, sakit sekali mata memandang, apatah lagi ingin mengungkapkannya... anak kecil yang umurnya kira-kira 2 atau 3 tahun di sembelih seperti lembu... Wanita-wanita dijadikan sebagai tempat "memuaskan nafsu"... dan lelaki pula dibunuh di hadapan anak dan isterinya. 

Bagi kita yang hidup di Malaysia ini, tidaklah merasa seperti apa yang dirasakan oleh mereka di sana... tetapi... kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang dan kita perlu berusaha untuk menolong mereka di sana yang sekarang ini masih lagi ketakutan atau trauma dengan apa yang telah berlaku terhadap diri mereka mahupun keluarga serta saudara mereka.

Dikala kita berpuasa dalam keadaan aman, mereka penat berlari lintang pukang mencari tempat persembunyian dari pengganas. Apabila kita berbuka puasa dengan keluarga yang tersayang, mereka hanya sedih memikirkan keluarga mereka yang telah pergi begitu sahaja.

Tapi, mungkin ada sesetengah orang di luar sana yang menanyakan soalan seperti berikut:

  • Heh, kenapalah sangat nak menyibuk tentang isu Syria tu...?
  • Apa yang pentingnya pun?
  • Bukannya kena kat kita pun!
Hah, kalau mau tahu jawapannya, lihat video ni :


Marilah kita berdoa kepada Allah semoga peperangan atau pembantaian terhadap orang-orang Islam Sunni di sana dihentikan dan semoga Allah memberikan hidayah kepada Bashar Al Assad serta konco-konconya. 

Tidak dilupakan juga semoga Mesir dan Palestin terus aman tanpa ada lagi kekangan daripada orang-orang yang jahat yang ingin merosakkan negara tersebut.. Amin

Sekian itu sahaja "post" untuk hari ini.... Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Ujian JPJ

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017