Islam Agamaku #1 : Mari Mengenali Ahli Sunnah wal Jamaah
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum, salam Jumaat dan juga tidak admin rasa terlambat untuk mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua rakan blogger sekalian di mana saja anda berada. Rasanya sudah beberapa bulan admin tidak tidak "mencoret" di blog ni... hehe... Syukur Alhamdulillah, admin dapat bercuti selama 3 bulan kerana banyak peperiksaan besar akan dilaksanakan di sekolah admin. Tengok dulu tahun depan, kalau dapat cuti awal, heh! Janganlah mengharap sangat.. memang tidak! Sebab kalau tidak silap tahun depan admin akan menghadapi peperiksaan PBSMR. Mungkin itulah dari beberapa informasi yang admin tahu...
Ok, kita tinggalkan cerita itu, mari kita mendalami ilmu bersama-sama. Di pagi Jumaat yang mulia ini, admin ingin berkongsi dengan blogger sekalian tentang "Ahli Sunnah Wal Jamaah" atau dalam bahasa Arabnya "أهل السنة و الجماعة".
Apakah "Ahli Sunnah wal Jamaah" ini? Seringkali kita mendengarnya, tapi admin rasa macam ada lagi yang tidak mengetahui apakah yang disebutkan di atas.
"Ahli Sunnah wal Jamaah" bermaksud orang yang mengikuti pegangan nabi kita, Nabi Muhammad SAW ataupun jalan hidup nabi dan jamaah para sahabat Rasulullah SAW terutama sekali para Khalifah Ar Rasyidin yang menerima didikan dari Nabi Muhammad SAW.
Di negara Malaysia, rakyat yang beragama Islam menerima pegangan "Ahli Sunnah Wal Jamaah" bermazhab Syafie. Selain Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia juga mengguna pakai mazhab Syafie sebagai pegangan mereka.
Tahukah anda bahawa di dalam "Ahli Sunnah Wal Jamaah" terdapat 4 jenis Mazhab; Iaitu:
- Mazhab Syafie
- Mazhab Hanbali
- Mazhab Hanafi
- Mazhab Maliki
Di bawah ini ialah mazhab-mazhab beserta maksudnya serta negara-negara yang mengamalkannya.
- Mazhab Syafie
Mazhab Syafie atau dalam bahasa Arabnya "شافعية" syafi'iyat ialah mazhab fiqah yang dicetuskan oleh Muhammad As bin Idris As Syafii atau lebih dikenali umum sebagai Imam Syafie.
Antara tempat atau negara yang mengikuti mazhab ini ialah:
- Selatan Mesir
- Barat Arab Saudi
- Syria
- Malaysia
- Brunei
- Indonesia
- Singapura
- Selatan Filipina
- Pantai Koromandel, Malabar
- Hadramaut, Yaman
- Bahrain
- Mazhab Hanafi
Mazhab Hanafi ialah mazhab yang diasaskan oleh Nukman bin Thabit atau yang lebih dikenali sebagai Imam Abu Hanafi. Mazhab ini merupakan mazhab yang tertua dan mempunyai pengikut yang besar, iaitu sebanyak 30%.
Antara tempat atau negara yang mengikuti mazhab ini ialah:
- Mesir
- Turki
- Sub-benua India
- Iraq
- Tajikistan
- Afrika Barat
- Mazhab Hanbali
Mazhab Hanbali ialah mazhab yang dimulakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini dikatakan mengikut aliran Salafi; namun posisinya tidak diakui oleh sarjana Islam. Aliran Salafi merujuknya sebagai Mazhab Athari.
Mazhab ini kebanyakannya digunakan oleh orang Islam Ahli Sunnah wal Jamaah di Semenanjung Arab.
- Mazhab Maliki
Mazhab Maliki "مالكية" Malikiyat diasaskan oleh Imam Maliki. Mazhab ini merupakan mazhab ketiga terbesar lebih kurang 15% orang Islam Ahli Sunnah wal Jamaah mengamalkannya. Mazhab ini mempunyai tambahan daripada sumbernya berbeza dengan mazhab-mazhab yang disebutkan tadi. Selain Al Quran, Hadis, Ijma' dan Qiyas, ia juga menggunakan amalan orang Islam Madinah sezaman dengannya sebagai rujukan kelima.
Mazhab ini lebih tertumpu di Utara dan Barat Afrika.
Okay, itu sahaja perkongsian daripada admin pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk semua, Wassalam.
Ulasan