Laptop Lapuk 0303 dah 2 Tahun !
Assalamualaikum semua! Apa khabar semuanya? Admin harapkan semuanya sihat belaka. Syukur kerana masih ada masa nak tulis di blog ni.
Alhamdulillah, Laptop Lapuk 0303 sudah 2 tahun dibangunkan oleh admin. Sebenarnya, Laptop Lapuk 0303 ni sambut hari jadi dia 24 November dulu lagi, tapi lupa; Haha. Admin rasa masih terdapat lagi kekurangan dalam menyampaikan informasi kepada anda semua dalam masa 2 tahun ini. Admin berharap agar tahun seterusnya, admin dapat menulis dalam blog ini lebih banyak lagi dari sebelumnya.
Happy 2nd birthday, Laptop Lapuk 0303 |
Maaflah, kisah ni keluar tajuk sikit.
Petang tadi, admin nak solat Asar. Tapi, boleh-boleh admin tertidur, berselimut lagi... haha. Setelah puas tidur, admin sedar dan solat (tak tau, sah ke tak!). Admin pelik pula, kenapa mata sebelah kanan ni macam berat semacam ja... rupanya, merah bengkak. AAAH!
Lepas tu pula, macam orang sakit ja, tidur dan pegang mata. Ayah letak Eye-Mo dan pergi solat. Ayah pun sempat marah admin sebab tidak pergi solat. Lepas tu, admin pergi ambil wudhu dan solat.
Sakit tul! |
Lepas tu pula, macam orang sakit ja, tidur dan pegang mata. Ayah letak Eye-Mo dan pergi solat. Ayah pun sempat marah admin sebab tidak pergi solat. Lepas tu, admin pergi ambil wudhu dan solat.
Aneh, lepas solat, mata admin seakan-akan ringan sikit; Alhamdulillah. Kuasa Allah lah katakan. Ia beransur pulih sehingga sekarang. Terima Kasih Allah :)
Mungkin ini sebagai penghapus dosa... kali!
Ahaha... baik itu sahaja perkongsian kita pada malam ini. Tunggu admin dalam "post" akan datang; Insyaallah...
Wassalam~.
Ulasan