Selamat Tahun Baru 2014!


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia semua Bloggerian ! Selamat tinggal 2013 yang penuh dengan kenangan. Alhamdulillah, kita telah sampai kepada tahun yang baru, iaitu tahun 2014 dan post ini merupakan post pertama di dalam tahun baru ini. 

Dari sebelum jam 12:00 Tengah Malam, sudah banyak bunyi mercun "pum...pam!" di kawasan admin, sampai mau terkejut jatuh jantung sudah. Haha.

Tapi, memanglah itulah kebiasaan orang kita apabila menyambut Tahun Baru setiap tahun. Nasib baik tiada yang mati terkejut.


Dan satu lagi yang menjadi kemestian di dalam diri setiap orang ialah membuat azam yang baru. Admin juga sendiri mempunyai azam yang tersendiri. Lebih-lebih lagi, admin akan menduduki PBSMR (menggantikan PMR) pada tahun ini. Tapi eloklah letak azam yang baik sikit, bukannya azam nak balas dendam dengan orang yang kita benci. Tu memang tak boleh!. Seorang pelajar juga mempunyai azamnya yang tersendiri untuk belajar bersungguh-sungguh.

Sabarlah adik ye...

Pekerja juga berazam untuk meningkatkan kualiti pekerjaan mereka dan mahasiswa serta mahasiswi juga berazam untuk menamatkan pembelajaran mereka di universiti dengan mengenggam segulung ijazah dan mendapatkan pekerjaan yang baik.

Admin Laptop Lapuk 0303 berharap agar semua orang dapat membuat azamnya sendiri dan juga dapat melaksanakan setiap apa yang telah diazamkan. Sekali lagi admin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Semoga setiap tahun yang kita lalui dipenuhi dengan segala kebaikan dan keredhaan oleh Yang Maha Esa, Insyaallah. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Ujian JPJ

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017