#MH370, Kami Berdoa Untukmu...


Assalamualaikum pembuka bicara kepada semua bloggerian sekali. Memang lama sudah admin tidak buka blog ni pasal sibuknya betul di sekolah. Biasalah tu... Budak sekolah!

Pada awal bulan Mac 2014, iaitu pada 8/03/2014, satu Malaysia telah dikejutkan dengan misteri kehilangan kapal terbang MH370 jenis Boeing 777 milik Malaysia Airlines. Pada masa ni, admin masih di sekolah, baru saja pulang dari rumah, 6 hari selepas waktu cuti bulan Februari.


Mengikut maklumat yang admin dapat waktu pulang rumah, kapal terbang tersebut telah berlepas dari KLIA kira-kira pada jam 12:41 tengah malam untuk terbang ke Beijing; dan dijangkakan datang ke Beijing pada jam 6:30 Pagi. Kalau tidak silap, pada jam 2:30 pagi, ia dilaporkan keluar dari radar. 

Gambar Hiasan
Astro Awani

Berdasarkan media, kapal terbang tersebut telah hilang dan tidak dapat dikesan selama 400 jam. Tetapi yang terkejutnya admin, pada 24/03/2014, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah membuat pengumuman pada jam 10:00 malam tarikh tersebut bahawa satu objek pelik telah di kesan di kawasan selatan Lautan Hindi oleh IMMARSAT dan pihak AAIB United Kingdom dan disyaki sebagai kapal terbang tersebut (MH370). Kesemua 239 penumpang kapal terbang tersebut terkorban.


Sekitar pengumuman PM Malaysia, Dato' Seri Najib Razak
tentang keadaan MH370.


Daripada 239 penumpang dalam kapal terbang tersebut, majoritinya berasal dari China. 
Selebihnya dari Malaysia, India, Amerika Syarikat, Taiwan, Iran, Indonesia, Kanada dan lain-lain.

Banyak sekali majlis solat hajat dan bacaan surah Yaasin diadakan sepanjang masa pencarian kapal terbang MH370 ini. Di sekolah admin juga, pihak asrama putera telah mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal dan juga untuk abang-abang Pra- U yang akan mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka.

Setelah pengumuman yang telah dibuat oleh PM Malaysia pada 24/03/2014 itu, banyak pihak yang turut menyatakan rasa sedih dan dukacita mereka terhadap nasib penumpang dan anak kapal MH370 tersebut. Keluarga mangsa, terutamanya di China tidak dapat menahan rasa sedih mereka sehingga melakukan perkara yang luar jangkauan.
















Jelas melihat kesedihan yang mendalam di hati setiap keluarga mangsa MH370. 

Dengan ini, admin mendoakan agar bangkai kapal terbang serta kotak hitam yang boleh dijadikan bukti tersebut dapat dijumpai dengan mudah dan dalam keadaan baik.

Kepada keluarga mangsa, usahlah terlalu sedih. Banyakkan doa kepada Allah SWT agar mereka semuanya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan segala amal kebaikan mereka semua diterima disisiNya, Amin. Al-Fatihah~

Wassalam.

Ehsan:
  • Astro Awani
  • Google Image





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Ujian JPJ

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017