Yay ... Cuti Sudah ! Boleh Saya Rehat Kah ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bloggerian sekalian. Syukur admin dapat membuka blog pada hari ini. Sudah lama rasanya admin tidak buka blog ... Mau menulis, tiada idea ... Ditambah lagi dengan kesibukan di sekolah, biasalah budak asrama lah katakan ... Haha. Alhamdulillah, kita semua dapat hidup pada hari ini dengan keriangan dan kesihatan disisi keluarga kita yang tersayang, itulah kebaikan yang Allah bagi kepada kita semua.
Mari admin ceritakan sesuatu yang admin ingin ceritakan ... Cerita dia begini.
Sepanjang Ogos sehingga Oktober ... Admin tersangatlah sibuk. Selepas sahaja cuti raya, admin dan rakan-rakan admin sibuk untuk mengulang kaji pelajaran, biasalah kan Tingkatan 3 duduk Pentaksiran Tingkatan Tiga atau orang lain lebih kenal sebagai PT3. Bermula tahun ini, PMR seperti yang kita semua sedia maklum, ia merupakan peperiksaan awam bagi semua Tingkatan 3 di seluruh Malaysia; Tetapi tahun 2014, sudah ditukar menjadi PT3. Untuk pengetahuan bloggerian sekalian, bolehlah merujuk gambar di bawah. :)
Serba sedikit tentang PT3 |
Sebenarnya, admin sudah mula sibuk dari bulan Julai yang mana pada bulan tersebut, kita sedang menjalan ibadah puasa Ramadhan. Aktiviti tersebut ialah Kerja Kursus bagi mata pelajaran Geografi dan Sejarah. Pergi ambil kertas kerja kursus, ikut taklimat, buat soal selidik dan macam-macam lagi. 18 hari kami "mengorbankan" masa kami untuk membuat kerja kursus yang telah diberikan itu. Pada masa itu juga, kelas tingkatan tiga telah menjadi "cyber cafe" *dengan izin* pada waktu malam. Di sanalah, berkumpulnya semua calon PT3 dengan komputer riba mereka yang canggih-canggih. Laptop 1Malaysia dan internet menjadi benda yang "terpenting" dan "tercanggih" pada malam itu.
Senyum lebar kakak yer ... :) |
Yipee ! |
Boleh dikatakan sepanjang bulan puasa tu, kami semuanya sibuk untuk menyiapkan kerja kursus Geografi dan Sejarah. Alhamdulillah, semuanya telah siap dan telah dihantar *serta telah disemak*... Haha.
Bulan Ogos selepas cuti hari raya Aidilfitri, admin tiba-tiba disuruh oleh guru Sejarah pasal karangan kerja kursus panjang sangat. Haha ... Jadi admin terpaksa korbankan masa rehat dan beberapa waktu pelajaran lain untuk "memendekkan" karangan Sejarah PT3 admin. Tidak pasal-pasal *sabar saja laa*. Bulan ini juga, admin dan rakan-rakan tingkatan 3 yang lain perlu menduduki lisan bertutur bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saat ini merupakan saat yang paling menakutkan. Nasib lagi lisan Bahasa Melayu dalam kumpulan *syukur*.
September pula ... Syukur tiada apa-apa perkara besar berlaku. Kami semuanya *termasuk admin* belajar seperti biasa dan ulang kaji juga seperti biasa. Bulan Oktober ceritanya lagi menarik ... !
Mula sahaja awal bulan Oktober, admin mula menghitung hari bagi menghadapi PT3 *siap tanda di kalendar lagi berapa minggu, berapa hari* ... Haha. Pada malam sehari sebelum PT3, banyak kawan-kawan yang merempat di bilik lain dan belajar sampai larut malam. Tidur pun masih takut lagi ... Macam mana juga ... Kertas pertama Bahasa Melayu sama M.A.T.E.M.A.T.I.K ... ! Oh tidak ... :(
Haha ... Matematik oo Matematik ! |
Hari pertama PT3 merupakan hari yang sangat mendebarkan, macam dulu juga waktu ambil UPSR ... Masih lagi segar di ingatan ... Seperti biasa, kami semua sarapan dulu di dewan makan asrama baru. Siap-siap bawa kad pengenalan ... Dengan gelisahnya, admin pergi ke dewan peperiksaan. Selama 4 hari PT3 dijalankan, kami sentiasa mengulang kaji pelajaran walaupun sampai larut malam *kecuali Bahasa Arab* Haha ... Selepas sahaja habis peperiksaan, kami mengembalikan buku teks pinjaman SPBT. Bercuti selama 6 hari. Kami semua telah mengadakan majlis suka ria di pantai bersama-sama. Seminggu lepas itu, kami menduduki peperiksaan semester kedua yang melibatkan peperiksaan agama.
Man Jadda Wajada ! |
Akhir kata, kepada semua yang akan menduduki peperiksaan besar tahun depan *terutama sekali PT3 2015*, admin doakan agar semuanya akan mendapat kejayaan. Ingat ... Doa juga perlu diiringi dengan usaha yang tak kenal erti putus asa. Kepada yang sudah mendapat keputusan peperiksaan, sekalung tahniah atas kejayaan anda semua, yang tidak tu ... Teruskan usaha anda pada masa akan datang ... InsyaAllah. Kepada yang belum, banyakkan solat hajat agar mendapat keputusan yang tip-top *dengan izin*.
Belajarlah ... Sehingga ke tua ... Bak kata orang pandai :
Sesiapa yang tidak mahu menuntut ilmu, maka tanggungnya peritnya kebodohan.
Saya sokong sama kau ! Haha... |
InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi pada masa akan datang ... Dengan "post" yang baru ... Wassalam ... :)
Ulasan