Ubah 2015 Menjadi Yang Lebih Baik Untuk Kita dari Kisah Tercatat di 2014
Hai ! Assalamualaikum semua . Lama sudah rasanya admin tidak menulis di sini ... Tapi Alhamdulillah, hari ini admin ada masa nak mencarut di sini ... Haha . Syukur kepada Allah kerana Dia telah memberi kesempatan pada kita semua untuk bertemu dengan tahun baru 2015 ... Mudah-mudahan tahun baru ini membawa bersama dengan seribu satu kegembiraan, kecemerlangan dan kebahagiaan buat kita semua, InsyaAllah . Di kesempatan ini juga, admin ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul SAW, hari kelahiran nabi kesayangan kita semua, Nabi Muhammad SAW. Baginda menjadi pemimpin kita dalam urusan agama dan menjadi contoh teladan yang baik bagi umatnya. Kekasih Allah teristimewa mempunyai pelbagai mukjizat diberikan kepadanya. Umatnya sentiasa mencintainya walaupun umatnya tidak pernah melihat baginda Rasulullah SAW. Terima kasih, kekasih Ilahi kerana denganmu, kami dapat menjadi umatmu dan lebih dekat dengan Tuhan kami, Allah SWT.
Ya Nabi Salam Alayka :) |
Izinkan admin untuk bercerita sedikit tentang peristiwa yang berlaku pada tahun lalu, 2014 ...
Sesungguhnya, tahun 2014 yang baru beberapa hari kita tinggalkan meninggalkan banyak peristiwa yang manis, pahit, bahagia, duka dan banyak lagi perasaan yang bercampur baur . 2014 merupakan tahun yang banyak menguji kita ... Banyak peristiwa yang buruk terjadi pada tahun lalu . Pada awal bulan Mac, seluruh dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang mendatangkan misteri kepada banyak pihak setelah dikesan bahawa kapal terbang tersebut hilang dari radar secara tiba-tiba yang membuat penerbangan dari Malaysia ke China . Sehingga sekarang, kapal terbang tersebut masih lagi hilang dan belum lagi dijumpai . Mudah-mudahan, ia akan dapat ditemui pada suatu hari nanti.
Selang beberapa bulan, iaitu pada bulan Julai, Malaysia dikejutkan lagi dengan peristiwa tembakan kepada pesawat milik syarikat penerbangan Malaysia yang sama MH17 di Ukraine . Ia juga merupakan berita terheboh di seluruh dunia sama seperti kehilangan MH370. Banyak penumpang, tidak kira dari Malaysia atau pun dari negara-negara lain, terkorban dalam peristiwa ini . Seluruh negara Malaysia dan ada juga negara lain membuat perkabungan sempena memperingati peristiwa hitam itu .
Bosan kan kalau cerita sedih saja admin ceritakan kepada kamu semua bah kan ? Haha ... Ada juga cerita yang boleh laa kategori lucu, menyampah dan lain-lain.
Tahun 2014 mencatatkan kenangan bagi semua pelajar kelahiran tahun 1999 iaitu dipanggil " Batch 99 ", termasuk admin sendiri, apabila buat pertama kalinya menduduki peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) iaitu Pentaksiran Tingkatan Tiga ( PT3 ) . Admin ingat lagi ketika semua pelajar Form 3 kelang kabut dalam menduduki PT3 ni . Bermula pada bulan Julai, pada masa itu puasa pula ... Kami semua bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja kursus Geografi dan juga Sejarah . Selepas sahaja sambut raya, kami perlu menduduki ujian lisan bagi Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris . Barulah pada bulan Oktober, seluruh Malaysia menduduki peperiksaan PT3 dari 13 hari bulan sehingga 16 hari bulan . Haha ... Kawan-kawan admin siap tidak tidur lagi membaca buku ... Lebih-lebih lagi Matematik . Tidur pun tidak lama, bangun subuh saja baca buku, sembahyang dan terus baca buku balik sehingga masuk kelas peperiksaan . Huhu ! Rindunya saat itu . Banyak sangat pelajar Form 3 bangkang diadakan PT3 ni ... Tapi, apa boleh buat, sudah jadi kan ? Hahaha ... Apaapa pun, keputusan sudah keluar dan banyak juga yang lulus PT3 ni . Tahniah admin ucapkan . *admin belum ambil lagi ... Tunggu tahun depan ja laa* .
#Pray4Batch00 :3 |
Dan akhirnya sekarang 2015 telah pun tiba ... Selalunya trend atau adat setiap orang kan setiap tahun baru, mesti ada saja azam baru yang ingin kita capai; Tidak kiralah macam mau lebih berjaya dalam pelajaran, lebih produktif dalam kerja, ingin membina rumah tangga *jangan kahwin lain sudah* ... Haha ... Namun, selain azam tahun baru yang kita lafazkan setiap awal tahun baru, jangan lupa ! Ada lagi azam yang perlu kita kekalkan dan kuatkan, iaitu azam untuk menjadi hamba Allah SWT yang lebih taat akan perintahNya. Bila kita renung diri kita ni, kita nampak muka kita. Pernah tak kita muhasabah diri ...
- "Saya ni baik sudah kah ?"
- "Allah masih sayang saya kah ?"
- "Apa yang telah saya lakukan selama ini untuk Islam saya ?"
Terkadang, apabila kita banyak membuat muhasabah diri ni ... Kita lebih mengenali kelemahan kita dari kelebihan kita. Memang setiap manusia banyak melakukan kesilapan; tetapi orang yang lebih baik adalah orang yang sedar, bertaubat dan mula untuk bermuhasabah diri. Ingat ! Hitung dulu diri kita, sebelum kita dihitung di hadapanNya ... :)
Ya Rabbku ... |
Oleh kerana itu, mulai saat ini, tanamkan dalam diri kita ... Bahawa tahun 2015 ini merupakan tahun untuk kita semua berubah . Bukan berubah jadi jahat *jadi baik laa* ... Haha ... Tekadkan azam dan iltizam kita untuk menjadi manusia yang lebih cemerlang dan beriman . Manusia :
Tidak ada seseorang yang tertawa berjaya, melainkan dia pernah merasakan peritnya payah ... Hanya Dia menentukan ... Apa yang layak bagi kita ... ~Buat pelajar-pelajar yang mau masuk sekolah *admin juga yaa* ... Belajar betul-betul ... Jangan asyik buka tablet kaa, smartphone kaa ... COC seja kerja *Clash of Clan nama tu C.O.C* ... Terutama sekali yang menduduki peperiksaan besar di sekolah seperti UPSR, PT3 *masih ada kah tu aah?*, SMU, SPM, STAM dan juga STPM .
Kakak-kakak dan abang-abang yang kerja tu, kerja bagus-bagus ... Tiada ponteng kerja, tidak curi tulang dan yang penting sekali tiada istilah "gaji buta" yaa ... Haha :) Yang sudah kahwin tu, jaga-jagalah isteri kaa, suami kaa dan juga anak-anak *semestinya* . Cari kerja untuk bagi nafkah untuk keluarga tau . Haha ...
Dan kepada sesiapa yang ingin lebih mendekatkan dirinya kepada Allah, jangan putus asa dengan rahmatNya . Memang, kalau seseorang ingin kembali ke jalan yang diseruNya, memang payah . *pengakuan ni* ... Banyak halangan yang perlu kita tempuh . Dan paling penting peganglah firman Allah SWT ini :
Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah ... Sesungguhnya Dia (Allah) mengampuni segala dosa . ( Surah Az Zumar 53 )
Katakanlah ( Wahai Muhammad ), jika kamu benar mencintai Allah, maka ikutilah Aku ( Allah ) ... Maka Allah akan mencintai kamu dan mengampun dosa kamu. ( Surah Ali Imran 31 )
InsyaAllah ... Dengan kehendak diri kita sendiri ... Ia akan tercapai jua . Sekian untuk hari ini ... Jangan stress dan jangan sedih-sedih ... Gembira dan tersenyumlah setiap hari seperti nabi kesayangan kita, Muhammad SAW :)
Wassalamualaikum ~
Ulasan