Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Selamat Hari Merdeka Ke- 55, Janji Ditepati

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum kepada semua pembaca blogger. Hari ini genap negara kita, Malaysia merdeka ke 55 btahun daripada penjajahan kuasa asing. Tadi semasa menonton TV1, upacara hari Kebangsaan seawal jam 7:50 Pagi telah disiarkan secara langsung dan saya sangat gembira menontonnya. Banyak perubahan yang saya telah dilihat dalam perhimpunan itu... Warna-warni Dataran Merdeka Kuala Lumpur...hehehe.... Semua rakyat pelbagai kaum berkumpul di situ bagi menyambut hari yang penuh sejarah ini.   ### Logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke- 55, 2012 Segmen pertama yang telah saya lihat di TV1 merupakan formasi tentang Rukun Negara Malaysia yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menggunakan pelbagai warna yang sangat indah... melambangkan kepelbagaian alam di Malaysia.  Segmen Kedua ialah Perarakan Agensi Kerajaan dan Kereta Berhias yang penuh gilang-gemilang. Ini merupakan segmen yang menjadi kegemaran say

Kenangan Aidilfitri 2012, 1433

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum rakan blogger. Bertemu lagi kita. Hari ini admin ingin berkongsi dengan anda tentang suasana Aidilfitri di kawasan admin. Seperti yang sedia maklum, Umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri pada 19 Ogos 2012 bersamaan 1 Syawal 1433 Hijrah. Ini ialah sedikit gambar kenangan Aidilfitri tahun ini. Rindu saat ni, macam masa cepat sangat berlalu...bermula dari cuti pada 15 Ogos sehinggalah sekarang.   ### Dalam perjalanan menuju ke rumah terbuka jiran terdekat. Semuanya ber pose bila   cameraman menghala ke arah mereka. ### Pak cik- pak cik dan mak cik saya. Baru selesai menziarahi rumah jiran. Kini, tiba masanya ke rumah seterusnya untuk diserbu makanannya!!! ### Pak cik saya bersama dengan keluarganya... Hehe senyum lebar nampak... pasti kerana nak pergi rumah seterusnya ni...hehehe... ### Admin bersama dengan keluarga tersayang di kampung yang sangat sejuk suhunya... Admin sangat rindu saat ni... peluang unt

Kenangan Ramadhan & Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum kepada semua blogger. Lama sudah rupanya tidak bukan blog ni, sebenarnya dari dulu lagi berhajat nak buka blog ni, tapi asyik terlupa ja...hehehe... Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Ramadhan tahun ini sangatlah "pelik" berbanding Ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Biasalah, baru pertama kali menyambut Ramadhan di asrama sekolah dan berjauhan bersama keluarga tersayang, (Apa Boleh Buat)... Tahun ni, Ramadhan macam pelik sedikit, admin tidak berasa sangat lapar semasa berpuasa berbeza dengan Ramadhan tahun-tahun selainnya... Satu lagi, masa untuk berbuka puasa sangat cepat... pelik kan? Syukurlah dengan nikmat Ramadhan inilah, Syawal masih lagi kita sambut, Hari Kemaafan dan Hari Silaturahim. Raya tahun ini sangat seronok. Pada malam raya, keluaga admin mengadakan Khatam Al- Quran, Solat Isyak Isyak berjemaah dan Takbir Raya Aidilfit