Kenangan Ramadhan & Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum kepada semua blogger. Lama sudah rupanya tidak bukan blog ni, sebenarnya dari dulu lagi berhajat nak buka blog ni, tapi asyik terlupa ja...hehehe... Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Ramadhan tahun ini sangatlah "pelik" berbanding Ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Biasalah, baru pertama kali menyambut Ramadhan di asrama sekolah dan berjauhan bersama keluarga tersayang, (Apa Boleh Buat)... Tahun ni, Ramadhan macam pelik sedikit, admin tidak berasa sangat lapar semasa berpuasa berbeza dengan Ramadhan tahun-tahun selainnya... Satu lagi, masa untuk berbuka puasa sangat cepat... pelik kan? Syukurlah dengan nikmat Ramadhan inilah, Syawal masih lagi kita sambut, Hari Kemaafan dan Hari Silaturahim. Raya tahun ini sangat seronok. Pada malam raya, keluaga admin mengadakan Khatam Al- Quran, Solat Isyak Isyak berjemaah dan Takbir Raya Aidilfitri. Malam itu, kedengaran mercun meletup sana sini. 


### Bunyi mercun sana-sini.

Pada pagi 1 Syawal, kami bersiap-siap ke surau berdekatan kira-kira pada jam 7:45 pagi bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Selepas menunaikan Solat Sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah, admin singgah sebentar ke rumah untuk menukar baju seterusnya pergi ke Tanah Perkuburan Islam. Tujuannya ialah untuk menziarahi kubur adik beradik admin yang telah pergi dahulu. Suasana sebak dan panas "mengelilingi" admin. 

Selepas itu, tibalah masanya untuk menziarahi rumah terbuka jiran-jiran terdekat. Admin sangatlah berpuas hati dengan makanan yang ada di setiap rumah, biasalah orang baru habis puasa, mestilah kan! hehehe.

Lama punya lama punya lama, akhirnya admin rasa penat, bosan dan mengantuk (adalah sikit). Namun, Aidilfitri kali ini sangatlah seronok. Harap-harap tahun depan boleh bersama Ramadhan dan Syawal lagi...InsyaAllah.

Sekian post kali ini. Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Ujian JPJ

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017