Selamat Hari Merdeka Ke- 55, Janji Ditepati

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum kepada semua pembaca blogger. Hari ini genap negara kita, Malaysia merdeka ke 55 btahun daripada penjajahan kuasa asing. Tadi semasa menonton TV1, upacara hari Kebangsaan seawal jam 7:50 Pagi telah disiarkan secara langsung dan saya sangat gembira menontonnya. Banyak perubahan yang saya telah dilihat dalam perhimpunan itu... Warna-warni Dataran Merdeka Kuala Lumpur...hehehe.... Semua rakyat pelbagai kaum berkumpul di situ bagi menyambut hari yang penuh sejarah ini.

 

### Logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke- 55, 2012

Segmen pertama yang telah saya lihat di TV1 merupakan formasi tentang Rukun Negara Malaysia yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menggunakan pelbagai warna yang sangat indah... melambangkan kepelbagaian alam di Malaysia. 

Segmen Kedua ialah Perarakan Agensi Kerajaan dan Kereta Berhias yang penuh gilang-gemilang. Ini merupakan segmen yang menjadi kegemaran saya sejak dari dulu lagi.

Sekian itu catatan saya, 
Selamat Hari Kemerdekaan...Malaysia...MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA!!!
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Ujian JPJ

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017