Kenangan Aidilfitri 2012, 1433
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum rakan blogger. Bertemu lagi kita. Hari ini admin ingin berkongsi dengan anda tentang suasana Aidilfitri di kawasan admin. Seperti yang sedia maklum, Umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri pada 19 Ogos 2012 bersamaan 1 Syawal 1433 Hijrah. Ini ialah sedikit gambar kenangan Aidilfitri tahun ini. Rindu saat ni, macam masa cepat sangat berlalu...bermula dari cuti pada 15 Ogos sehinggalah sekarang.
### Dalam perjalanan menuju ke rumah terbuka jiran terdekat. Semuanya berpose bila cameraman menghala ke arah mereka.
### Pak cik- pak cik dan mak cik saya. Baru selesai menziarahi rumah jiran. Kini, tiba masanya ke rumah seterusnya untuk diserbu makanannya!!!
### Pak cik saya bersama dengan keluarganya... Hehe senyum lebar nampak... pasti kerana nak pergi rumah seterusnya ni...hehehe...
### Admin bersama dengan keluarga tersayang di kampung yang sangat sejuk suhunya... Admin sangat rindu saat ni... peluang untuk bergambar bersama dengan keluarga yang hanya sekali sekala sahaja boleh balik ke kampung halaman...
### Pak cik saya, Encik Nazri bersama isterinya, Pn. Rosumia. Sangat cantik gambar ni... saya tabiklah!
### Keluarga saya di rumah keluarga yang lain... Di Aidilfitri.
Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan keluarga mahupun sahabat-handai di Aidilfitri ini. Ini sahaja post hari ini...Wassalam...
SALAM AIDILFITRI!!!
### Terima kasih Facebook : UniQue Hanmirul & Megat Komeng!
### Terima kasih Facebook : UniQue Hanmirul & Megat Komeng!
Ulasan