Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Wali Band- C.A.B.E (Cari Berkah)

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم The Wali Band Assalamualaikum semua rakan Blogger. Tadi, semasa saya mencari lagu - lagu menarik Wali Band di YouTube,  yalahkan  kesunyian...hehe... Tiba - tiba, saya terjumpa dengan lagu Wali Band.... tak taulah lagu ini dibuat tahun lalu ataupun tahun ni... tapi admin percaya lagu ni dibuat tahun ini.  Hehe... di dalam lagu ini banyak moral yang diceritakan, antaranya:  Permohonan hamba kepada Tuhannya untuk memberkati kehidupannya. Setiap harta itu, ada sebahagian haknya kepada orang lain. Berkat Allah menjadikan kehidupan kita lebih baik. Jangan bersikap sombong jika mempunyai sesuatu kelebihan. Jika rakan Blogger ingin lirik lagu ini; bolehlah melayari laman web di bawah # http://liriklaguindonesia.net/wali-cari-berkah-cabe.htm/ Sekian itu sahaja perkongsian pada hari ini, Wassalam.

Panggilan Haji Telah Tiba Lagi...

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada semua rakan blogger sekalian. Hari ini ialah Hari Jumaat, ia merupakan penghulu bagi setiap hari yang ada. Hari ini, admin akan bercerita tentang anda mengenai satu perkara. Hmm... anda semua rasa apa gambar yang ada di bawah? Dan apakah peristiwa yang mengaitkan gambar tersebut serta apa yang bakal admin ceritakan hari ni?... Ya gambar di bawah merupakan Masjidil Haram, Tempat tertumpunya semua ibadah orang Islam. Masjidil Haram, Mekah Al- Mukarammah, Arab Saudi Musim Ini ialah Musim Haji, di mana semua orang Islam yang telah mendapat seruan Allah SWT untuk mengerjakan Haji pergi. Banyak cubaan yang bakal atau mungkin telah anda hadapi semasa pergi ke sana, contohnya bersempit-sempitan dalam jumlah jemaah Haji yang beribu orang, keadaan cuaca yang sangat mencabar serta cubaan-cubaan yang lain. Namun, setiap apa yang anda hadapi itu semuanya mendapat pahala dan kebaikan, InsyaAllah. Ibadah Haji juga meru

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم  Kampung Serusup kampung yang cantik, Sawahnya cantik, udaranya nyaman, Negara Malaysia negara menarik, Semua rakyatnya hidup dalam aman. Pokok Melati, Pokok Sena, Cantik diletak di hadapan beranda, Negara kita negara berbudaya, Dalam keadaan pelbagai bangsa. Mak cik Timah pergi ke kebun, Untuk mengambil serumpun serai, Rakyat Malaysia bersopan - santun, Sesama keluarga mahupun orang ramai. Pergi ke hutan bersama ayah, Untuk mencari kayu jati, Perdana Menteri kita sangat amanah, Takkan pernah memungkiri janji. Mari kita pergi ke Kedah, Singgah sekejap di negeri Melaka, Mari bersama berdoa kepada Allah, Agar Malaysia sentiasa sejahtera.

26th Mountain Kinabalu International Climbathon, Kundasang

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua blogger yang dikasihi. Sekarang baru ada masa untuk menulis di blog ini...hehehe. Hari ini, admin akan berkongsi dengan anda tentang satu acara yang sering kali diadakan dan dapat menarik minat pelancong dalam dan luar negara di tempat admin, Ranau iaitu Mt. Kinabalu International Climbathon. Pada kali ini telah 26 tahun sudah penganjurannya. Bersamaan 14 Oktober 2012, telah diadakan 26th Mt. Kinabalu International Climbathon tahun 2012. Sekarang ini sedang dijalankan di sekitar Pekan Kundasang, Ranau. Pada tahun ini, pihak penganjur telah menambah jarak kilometer bagi semua peserta iaitu 23 kilometer. Ia merupakan tambahan 2 kilometer daripada jarak yang telah diberikan pada tahun-tahun yang lalu.  ### Jarak baru climbathon  2012. Pada kali ini, climbathon telah memberi penghormatan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datu seri Mohd Najib untuk melepaskan pemain pada tahun ini. Lebih banyak p

Hidup Mesti Tabah!

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua. Hari ini tidak tahulah mengapa tiba-tiba ada mood  untuk menulis di Blog ni.... tapi apa-apa pun saya akan menulis sesuatu pada malam ni. Perasan tak, sejak kita dilahirkan oleh ibu kita sehinggalah kepada keadaan kita sekarang ni ada sahaja cabaran yang perlu kita tempuh... Ibu kita nak lahirkan kita itu juga contoh bagi cabaran... Kita masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah juga cabaran...dan yang sewaktu dengannya. Setiap apa yang ada di hadapan kita perlulah kita tabah untuk menempuhinya... tanpa ketabahan.... kita tidak akan memegang segulung ijazah serta berjaya dalam menguruskan perniagaan...betul tak? Agama juga menganjurkan kita untuk tabah dalam menempuhi segala cabaran, contohnya ketika Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasalam ( Sejahtera keatasnya ) dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi di sebuah gua setelah dikejar oleh Kaum Musyrikin Mekah, mereka sentiasa tabah menepuhinya... Allah SWT tel