Hidup Mesti Tabah!
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua. Hari ini tidak tahulah mengapa tiba-tiba ada mood untuk menulis di Blog ni.... tapi apa-apa pun saya akan menulis sesuatu pada malam ni. Perasan tak, sejak kita dilahirkan oleh ibu kita sehinggalah kepada keadaan kita sekarang ni ada sahaja cabaran yang perlu kita tempuh... Ibu kita nak lahirkan kita itu juga contoh bagi cabaran... Kita masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah juga cabaran...dan yang sewaktu dengannya. Setiap apa yang ada di hadapan kita perlulah kita tabah untuk menempuhinya... tanpa ketabahan.... kita tidak akan memegang segulung ijazah serta berjaya dalam menguruskan perniagaan...betul tak? Agama juga menganjurkan kita untuk tabah dalam menempuhi segala cabaran, contohnya ketika Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasalam (Sejahtera keatasnya) dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi di sebuah gua setelah dikejar oleh Kaum Musyrikin Mekah, mereka sentiasa tabah menepuhinya... Allah SWT telah berfirman kepada mereka berdua supaya tidak bersedih dengan apa yang berlaku kerana sesungguhnya Dia setiasa bersama dengan mereka yang sabar ataupun tabah.
Jika kita bertanya kepada mereka yang telah berjaya, tak kiralah ibu kita, bapa kita, mak cik kita atau sesiapa sahaja pasti mereka akan berkata; "dulu, susah sebab banyak rintangan yang perlu ditempuh dan ada kalanya duka menanti, tapi dengan ketabahanlah, Alhamdulillah, kejayaan kini dapat juga dikecapi". Ibu saya juga pernah berkata bahawa setiap apa yang menginginkan kejayaan, yang dahulu ditempuh ialah dugaan, jika sesiapa yang mampu menempuhnya, maka dialah yang beruntung.
Saya, mestilah pernah menempuhi dugaan. Tahun lalu ialah giliran saya dan rakan-rakan yang sebaya dengan saya menduduki UPSR.... hati pada masa itu, hanya Allah dan sesiapa yang dekat dengan saya sahaja yang tahu. Gementar ada, menyesal ada (sebab tak pernah pun nak belajar) hehe, sedih ada dan semua perasaan yang bercampur baur dengannya. Pada masa UPSR tu, hati pun yang ragu-ragu ni....namun dengan ketabahan yang ada serta semangat yang diberikan oleh keluarga serta guru-guru, akhirnya saya berjaya walaupun tidak seberapa.
Dengan itu, selagi hayat dikandung badan, selagi dugaan belum habis, maka... ketabahan itu mesti ada pada diri sendiri. Insyaallah.
Sekian itu sahaja, Wassalam.
Ulasan