26th Mountain Kinabalu International Climbathon, Kundasang

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua blogger yang dikasihi. Sekarang baru ada masa untuk menulis di blog ini...hehehe. Hari ini, admin akan berkongsi dengan anda tentang satu acara yang sering kali diadakan dan dapat menarik minat pelancong dalam dan luar negara di tempat admin, Ranau iaitu Mt. Kinabalu International Climbathon. Pada kali ini telah 26 tahun sudah penganjurannya. Bersamaan 14 Oktober 2012, telah diadakan 26th Mt. Kinabalu International Climbathon tahun 2012. Sekarang ini sedang dijalankan di sekitar Pekan Kundasang, Ranau. Pada tahun ini, pihak penganjur telah menambah jarak kilometer bagi semua peserta iaitu 23 kilometer. Ia merupakan tambahan 2 kilometer daripada jarak yang telah diberikan pada tahun-tahun yang lalu. 

New Route 2012
### Jarak baru climbathon 2012.

Pada kali ini, climbathon telah memberi penghormatan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datu seri Mohd Najib untuk melepaskan pemain pada tahun ini. Lebih banyak peserta yang datang daripada negara lain pada tahun ini seperti Argentina dan Ethopia. Pada masa ini, ia masih lagi dijalankan, tetapi semasa melihat di televisyen tadi melalui SP1M, seperti macam ada sudah yang telah memperoleh pingat emas dan perak, tapi macam bukan "Orang Kita" ja... Acara ini telah ditaja oleh Sri Pelancongan Sabah dan Penginapan telah ditaja oleh Sutera Sanctuary Lodges. 

Jika ingin melihat aturcara 26th Mt. Kinabalu International Climbathon pada tahun ini, sila layari 

# http://www.climbathon.my/67-2/

Sekian ini sahaja pada kali ini ini.
Wassalam.

### Kredit: http://www.climbathon.my/


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Ujian JPJ

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017