Panggilan Haji Telah Tiba Lagi...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada semua rakan blogger sekalian. Hari ini ialah Hari Jumaat, ia merupakan penghulu bagi setiap hari yang ada. Hari ini, admin akan bercerita tentang anda mengenai satu perkara. Hmm... anda semua rasa apa gambar yang ada di bawah? Dan apakah peristiwa yang mengaitkan gambar tersebut serta apa yang bakal admin ceritakan hari ni?... Ya gambar di bawah merupakan Masjidil Haram, Tempat tertumpunya semua ibadah orang Islam.

Masjidil Haram, Mekah Al- Mukarammah, Arab Saudi

Musim Ini ialah Musim Haji, di mana semua orang Islam yang telah mendapat seruan Allah SWT untuk mengerjakan Haji pergi. Banyak cubaan yang bakal atau mungkin telah anda hadapi semasa pergi ke sana, contohnya bersempit-sempitan dalam jumlah jemaah Haji yang beribu orang, keadaan cuaca yang sangat mencabar serta cubaan-cubaan yang lain. Namun, setiap apa yang anda hadapi itu semuanya mendapat pahala dan kebaikan, InsyaAllah.

Ibadah Haji juga merupakan salah satu Rukun Islam, Hadis Rasulullah SAW;

Terbinanya Islam itu atas lima perkara, iaitu mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, menunaikan solat, membayar  zakat, menunaikan Haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.
Hadis diatas jelas menunjukkan bahawa Haji juga sebahagian daripada Rukun Islam. Namun, terdapat syarat- syarat tertentu, iaitu:


  1. Cukup kewangan 
  2. Cukup daya tenaga
  3. Cukup Ilmu 
  4. Dan lain-lain.
Pada musim Haji juga, kita sering mendengar jemaah yang memuji Allah dengan kalimah yang khas, itu namanya talbiah. Di dalamnya, terdapat maksud yang mendalam, seperti:

  1. Seruan Allah kepada manusia untuk menunaikan Haji di Baitullah. (Rujuk Surah Al- Imran: Ayat 97)
  2. Puji hamba kepada penciptanya.
  3. Kesyukuran atas nikmat yang diberikan.
  4. Keredhaan hamba terhadap Tuhannya.
  5. Mengakui tiada Tuhan yang layak disebah melainkan Allah.
Sebelum pergi menunaikan Haji, kita perlulah menginsafi diri, fikir apakah tujuan kita pergi ke sana dan apa yang perlu kita lakukan setelah kita ada di sana. 

Khusyuknya budak ni berdoa...

Mari admin cerita sedikit berkenaan Tanah Haram, Mekah. Dahulu, di sekitar Tanah Haram Mekah, tiada sesiapa yang mendirikan rumah dan dijadikan tempat tinggal, ia dijadikan sebagai laluan bagi Qabilah- Qabilah yang berdagang. Setelah itu, ada satu suku, namanya Jurhum, meminta izin kepada Siti Hajar iaitu isteri Nabi Ibrahim A.S untuk bermukim di Mekah. 2 Abad suku Jurhum menguasai kawasan tersebut. Namun Suku Khuza'ah yang datangnya daripada Yaman dapat menewaskan suku Jurhum yang terlebih dahulu menguasai Mekah. Oleh sebab itu, Mekah telah menjadi taklukan suku Khuza'ah. Suku Arab telah disatukan oleh Qusay bin Kilab menjadi satu bangsa atau Qabilah yang disegani. Nabi kita, Muhammad SAW telah dilahirkan semasa kegemilangan kaum Quraisy di bawah pimpinan datuknya, Abdul Muthalib. Cucu Abdul Muthalib telah menamatkan kuasa kaum Musyrikin Quraisy atas Tanah Mekah pada 8 Ramadhan. 

Semasa kita berada di Tanah Haram, kita perlulah menunjukkan akhlak yang baik serta menyedari diri kita kerdil di hadapan Allah SWT. 

Kepada semua jemaah Haji Malaysia, semoga dapat menjalankan Haji dengan baik dan sempurna serta membawa Haji yang Mabrur. 

Hanya ini sahaja yang dapat admin kongsikan kepada semua rakan blogger pada hari ini. Sekian, Wassalam.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Ujian JPJ

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017