Daulat Tuanku!
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia Bloggerian sekalian. Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah kerana dengan nikmat dan kurniaNya, kita masih boleh melihat dan merasai keindahan alam di sekeliling kita serta masih boleh buka komputer, main Facebook! Haha..
Pada hari ini, genap 1 minggu 6 hari sudah admin bercuti sekolah... tidak lama lagi admin akan pulang balik ke asrama mau sekolah balik untuk semester 2. Haish!
Tapi bukan tu yang admin nak bercerita sama bloggerian sekalian, tapi ada satu cerita nak admin kongsikan.
Pada hari ini, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang ke 14, Al Mu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyambut keputeraan baginda pada hari ini. Semalam, admin buka siaran Astro, kebanyak channel pasang titah DYMM Seri Paduka Baginda sempena keputeraan baginda.
Moga Allah kekalkan daulat Tuanku ... Amin :) |
Untuk pengetahuan bloggerian sekalian, DYMM Seri Paduk Baginda yang Dipertuan Agong ke 14 pernah menjadi Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong yang ke 5 iaitu pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975. Pada masa itu, Perdana Menteri Malaysia adalah Tun Abdul Razak.
Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia ke 2 |
Sekarang, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak menjadi Perdana Menteri dan DYMM Seri Paduka Baginda adalah sama seperti zaman ayahandanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang |
Di kesempatan ini, admin ingin mengucapkan Selamat Menyambut hari keputeraan kepada DYMM Seri Paduk Baginda Yang Dipertuan Agong, Al Mu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Semoga Allah SWT memberkati DYMM Seri Paduk Baginda Yang Dipertuan Agong dan Seri Paduka Raja Permaisuri Agong sentiasa. Pada Tuhan kami pohonkan agar Daulat Tuanku Dikekalkan. Kami berbangga menjadi rakyat Tuanku!
Sekian itu sahaja untuk hari ini, Wassalam.
Ulasan