Perancangan Untuk Semester 2 !~


Assalamualaikum bloggerian sekalian ! Apa cerita kamu hari ini? Semoga baik-baik semuanya. Selawat dan salam kita hadiahkan kepada nabi kita yang tersayang, Nabi Muhammad SAW. 

Hurm... Cuti 3 minggu mau habis sudah, balik sekolah belajar lagi kita. Masih ada 5 hari kita boleh bercuti dan kita sudah masuk semester kedua!...

Sabar bah kau guru...


Seperti yang kita tahu, semester kedua adalah yang paling sibuk di kalangan pelajar dan guru sekolah. Sebab kenapa? Kerana semester itulah kita berhabis-habisan untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menduduki peperiksaan besar, seperti PT3, SMU, SPM, STAM dan STPM. Macam admin, tahun ini admin akan menduduki peperiksaan PT3. Peperiksaan yang admin duduk tahun ni ialah peperiksaan yang diganti dengan PMR. Syukurlah kamu yang duduk PMR untuk kali terakhir ... 1998.

Selamat Semua !


Bentuk soalan PT3 pun admin masih samar-samar dan kurang jelas. 

Bagi yang bekerja pula, mereka akan bekerja bersungguh-sungguh untuk mungkin mencapai azam mereka untuk mempertingkatkan lagi kualiti kerja berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Bekerjalah untuk mencari nafkah bagi keluarga tersayang, sekaligus untuk menambahan pendapatan negara. Eseh! Macam orang politik saja.



Admin merancang... Eh, bukan merancang! Bertekad... untuk belajar lebih tekun lagi berbanding semester pertama ini untuk menduduki peperiksaan PT3 yang akan dijalankan pada bulan Oktober tahun ini. Admin mendoakan agar semua yang menduduki peperiksaan besar, tidak kira PT3 kah, SPM kah, STAM kah, mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang kamu semua duduki. Banyakkanlah berdoa...~ Tapi jangan berdoa saja, usaha juga perlu disertakan dengannya sekali agar dapat mencapai kejayaan.


Sekian itu sahaja untuk hari ini. Selamat maju jaya untuk kamu semua admin ucapkan. Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Ujian JPJ

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017