Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Throwback : Debaran STAM 2017

Imej
Bismillahirrahmanirrahim ... Assalamualaikum kawan-kawan sekalian ! Alhamdulillah , saya masih lagi dapat mencoret di blog ni dan juga dapat bertemu dengan semuanya . Ni hari , saya ada mau coretkan satu kenangan laa kononnya . Pada 18 Januari minggu lalu , seperti mana semua calon STAM sudah sedia maklum , ia merupakan satu tarikh bersejarah kepada mereka , termasuk saya sendiri . Nak ulang cerita , bagaimana gelabah nak tunggu bila keluar keputusan STAM 2017 tu memang Allah saja yang tau . Perasaan , semuanya bercampur aduk ; sedih ada , resah ada , teruja ada , takut ada , menyesal ada dan pelbagai lagi 1001 macam perasaan timbul . Itulah kenangan yang tak boleh dilupakan .  Sedikit cerita semasa ambil result  hari tu ... Saya dan keluarga jalan ke sana dari Ranau kira-kira pada jam 6 dan sampai ke Kota Kinabalu pada jam 9 pagi . Di dalam kereta tu , saya diam memanjang saja , tak nak bercakap dengan mama sama ayah , walaupun mereka cuba untuk bercakap dengan saya s

Nasi Goreng Pattaya Homemade Mama

Imej
Bismillahirrahmanirahim ... Assalamualaikum korang semua ! Alhamdulillah , kita masih lagi diberi peluang oleh Allah swt untuk terus meneruskan hidup dan menghirup udara yang segar di pagi hari ini . Okay , seperti hari-hari yang lain , saya akan meneruskan carutan saya untuk kali ini berkaitan dengan resepi . Ai ? Sejak bila pula suka sangat dengan bab-bab resepi ni admin wooi ? Pegang pisau pun takut jari luka terpotong . Haha . Sebenarnya ada beberapa perkara yang mendorong saya untuk tiba-tiba terbuka hati untuk menulis blog pasal resepi ni . Antara faktornya ialah : Bosan dengan resepi setiap hari. Mahu ada kelainan dalam citarasa. Tambah ilmu dalam masakan , seeehhh ! Okay , hari ini , saya ingin menunjukkan cara-cara bagaimana mama saya buat satu resepi terbaru , kiranya resepi ni sudah dibuat bulan lalu . Haha . Tapi tidak apa , mari kita semak resepi "Nasi Goreng Pattaya Homemade Mama" ! Gambar sekadar hiasan sahaja Sebelum kita

Kenangan di Top One

Imej
Bismillahirrahmanirahim ... Assalamualaikum dan hai korang semua. Sudah setahun saya tidak mencoret di blog saya ni. Bukan lagi berhabuk, tetapi yang paling teruk, ia bahkan tidak lagi pernah lagi wujud di kamus hidup saya ni. Haha , macam lucu pula saya rasa. Alhamdulillah , malam ni , saya sudah mula mengemas kini blog ni dengan wajah baru, mudah-mudahan ia menjadi satu jalan baru untuk saya berkarya di alam maya, memandangkan saya baru sahaja habis Tingkatan 6 . Pagi ni , rasanya datang pula mood mau mencoret kenangan. Kenangan? Kenangan apanya? Sejak dua menjak ni, saya rasa rindu pula meninggalkan rakan sekolah dan sekolah yang saya cintai. InsyaAllah, saya nak kongsikan sedikit tentang serba sedikit perjalanan hidup selama menjadi pelajar sekolah menengah sepanjang 6 tahun . Saya masih ingat, hari pertama saya nak mendaftar sekolah baru tu kan, sangat payah, sampai tidak tahu mana sekolah tu, disebabkan sekolah ni baru sahaja berpindah di Kinarut, Papar. Korang t