Pengalaman Ujian JPJ
Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum dan hai semua ! Alhamdulillah , kita dapat lagi bersama dalam catatan blog pada kali ini . Baik , sebelum itu , saya nak tarik nafas dulu sebelum mula . Huh ~ huh ~ huh ...
Okay , hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang ... teng teng teng . Hah ! Berkenaan pengalaman saya mengikuti ujian JPJ . Ada siapa tidak tau apa tu ? Tapi , sebelum itu , saya ingin terangkan serba sedikit mengenai ujian JPJ ini ...
Haha , orait . Apakah gambar di atas tu ? Mesti semua sudah sedia maklum kan ? Baik . Ujian JPJ ini ialah satu ujian praktikal yang mana semua calon pemandu akan diuji kemahiran mereka dalam mengendalikan kenderaan . Setiap ujian yang dijalankan akan diuji oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dan seterusnya mereka yang akan menentukan sama ada anda lulus atau sebaliknya .
Ujian JPJ ini dibahagikan kepada 2 bahagian , iaitu :
- Bahagian II (Bahagian Litar)
- Naik bukit
- Laluan "Z" dan "S"
- Parkir sisi
- Parkir 3 penjuru
- Bahagian III (Jalan Raya)
Bagi bahagian 2 , semua calon akan mengikuti semua 4 ujian yang telah disebutkan tadi . Bermula dengan ujian menaiki bukit . Hah , ini ada saya mau cakap sikit berkenaan naik bukit . Kebiasaanya , kebanyakan calon mudah kecundang di bahagian ini . *waduuh , kenapa pula ?* .
Haa , ada beberapa faktor yang perlu diambil perhatian oleh calon dalam hal ini :
- Semasa mendaki bukit , tayar hendaklah menyentuh 50% , 70% atau 100% kepada garisan kuning yang sudah ditetapkan .
- Tayar kenderaan hendaklah tidak melanggar apa-apa benda yang terdapat di bukit itu , contohnya tiang .
- Kenderaan yang mati enjin , tayar hadapan tidak boleh terundur ke belakang lebih daripada 50% .
Kegagalan untuk mematuhi peraturan di atas menyebabkan calon gagal bagi ujian ini . *nombor 3 tu paling trauma bagi saya* . Hohoho .
Orait , manakala bagi bahagian 3 , calon akan diuji di jalan raya dan akan diperhati oleh seorang pegawai JPJ yang sama-sama duduk dalam kereta yang anda bawa . Antara perkara yang diambil kira di dalam bahagian 3 ialah :
- Rutin Sebelum Memandu (RSM)
- Cara memulakan perjalanan
- Cara memandu di jalan lurus
- Cara memandu di persimpangan
- Cara membelok ke kiri dan ke kanan
- Cara memandu di selekoh
- Pemanduan di bulatan @ roundabout dan laluan susur
- Pemanduan di kawasan sekolah , perumahan dan lain-lain
- Afektif
Untuk pengetahuan semua , calon hanya akan dikira lulus apabila tidak ada sebarang kesalahan mandatori yang dilakukan di kedua-dua bahagian . Antara perkara mandatori yang perlu diambil berat ialah :
- Tali pinggang keledar *paling penting yaa"
- Masa yang diperuntukkan di dalam litar
- Pengamalan Cermin , Isyarat , Titik Buta dan Olah Gerak (CITO) semasa di litar dan di jalan raya
dan lain-lain lagi .
Ehemm , test mike , okay . Berbalik kepada pengalaman , saya berterus terang bahawa saya telah mengikuti ujian JPJ sebanyak 2 kali ; kerana pada ujian JPJ pertama kali , saya gagal di bahagian jalan raya .
*apa pula budak ni buat sampai gagal ?* .
Kesalahan saya pada masa tu ialah gagal mengaplikasikan olah gerak yang betul dan salah masuk gear 4 yang menyebabkan kereta yang dipandu mati enjin semasa menaiki bukit , ya ampuuun !
Sepatutnya gear 2 , tapi gear 4 pula masuk :'( |
Keadaan yang boleh menyebabkan kemalangan diri sendiri dan pemandu lain juga menyebabkan anda gagal dalam bahagian 3 ini .
Jadilah seperti yang diatas ... Jangan tau !
Okay , pada hari pertama saya mengkuti ujian JPJ buat pertama kali , saya sangat gelabah dan takut untuk ambil ujian tu . Tapi , ibu bapa saya terus memberi dorongan kepada saya untuk melakukan *pounsikou mama ayah* :) . Kami perlu datang awal untuk mengesahkan kehadiran ujian dan terus duduk menunggu giliran . Satu-satu nama akan dipanggil untuk memulakan Rutin Pemeriksaan Kenderaan atau lebih dikenali sebagai RPK selama 7 minit .
Waktu tu , hanya Allah saja tau macamana rasa takut dan gementar tu bercampur macam kopi dan susu *pulak dah* , terkena lagi dengan penguji yang boleh kira tegas dan tengok muka dia pun takut sudah . Haha . Semua komponen kereta perlu disebut dan diberitahu kepada para penguji mengikut had masa yang telah ditetapkan .
Selepas RPK , kami akan menunggu di kawasan khas bagi mengikuti ujian bahagian 2 . Ujian pertama akan dilakukan bagi setiap 10 orang terlebih dahulu bermula dengan ujian memandu di bukit . Okay , ini pun satu hal juga . Biasanya memang orang akan terkandas awal di sini seperti mana yang sudah saya sebutkan di atas . Setelah bukit , kami akan pergi ke laluan "Z" dan laluan "S" dan diikuti dengan parkir sisi . Terakhir di litar , kami akan diuji di kawasan parkir 3 sisi .
Apabila anda gagal di salah satu kawasan di bahagian 2 , anda sudah dikira gagal keseluruhan . Begitu juga sebaliknya , jika anda gagal di jalan raya , anda juga gagal keseluruhan . Untuk mengulang , anda hanya perlu mengulang bahagian mana yang anda gagal sahaja .
Syukur alhamdulillah , bahagian 2 semuanya okay . Tapi , pening kepala sudah menguasai badan ni . *okay , hilang semangat sudah* ...
Masuk kepada bahagian 3 . Sebelum mula , kami ada berehat seketika sebelum memulakan bahagian ini . Setiap calon akan dipanggil dan akan diberi borang untuk diuji di jalan raya . Borang tersebut perlu diserahkan kepada pegawai yang meguji .
Sejujurnya , bahagian 3 ni memang saya takut , sebab waktu tu memang belum lagi mahir untuk membawa kereta , apa lagi menukar gear . Pegawai yang menguji saya di jalan raya juga ialah orang yang sama menguji saya semasa RPK . *okay , sabar saja laa*
Setelah melakukan RSM di dalam kereta , saya masuk gear 1 dan memulakan perjalanan . Keluar sahaja pagar litar , saya tukar gear . Namun begitu , saya tidak tahu tahap berapa sudah gear yang saya masuk . Tiba-tiba , kereta yang saya pandu sangat laju sehingga saya nyaris tidak dapat mengawalnya . Maka akhirnya , enjin kereta terhenti sebanyak 2 kali dan hampir terlanggar kereta di belakang kereta yang saya pandu . Maka disebabkan oleh itu , ujian JPJ saya pada waktu itu telah diisytiharkan sebagai gagal .
Pengalaman mematangkan kita , seeehhhh ! |
Selepas tahu saja gagal , memang mood saya ketika itu memang sangat buruk , sehinggakan untuk bercakap dengan ibu bapa pun tidak mahu . Hanya Allah saja yang tau waktu tu bagaimana perasaan ini *huhu , mula sudah dia jiwang tu* , eh , tiadalah ! Kecewa bah kan ?
Namun saya tidak berputus asa , saya pergi berjumpa dengan pelatih saya dahulu dan meneruskan pembelajaran seperti dahulu . Akhir sekali , keyakinan itu mula timbul dan rasa takut , cemas , gelabah dan seangkatan dengannya mula pudar .
Sekarang , alhamdulillah . Setelah mengikuti ulangan JPJ kali kedua di jalan raya , akhirnya saya lulus .
Saya boleh bayangkan , selama hampir 5 bulan saya mengikuti kelas memandu ini bermula daripada kosong sehingga sudah diajar dengan penuh kesabaran dan kepayahan , akhirnya baru boleh tangkap kaedah semua *terima kasih uncle* :)
Untuk anda semua yang ingin mengambil ujian memandu , cuma ada beberapa perkara sahaja yang boleh saya pesankan untuk anda semua :
- Tawakkal kepada Allah
- Bersungguh-sungguh belajar cara pemanduan yang baik
- Perlu ada keyakinan diri
- Buang segala sangkaan negatif semasa belajar memandu
Mama dan ayah saya pernah cakap kepada saya ...
Adik , kalau kau mau belajar memandu , hilangkan semua perasaan takut dan gelabah ; kerana itu semua akan menjadi mind-set di kepala kau tu ! Rileks saja bah.Di bawah ini ada sedikit pesanan untuk anda semua dan tips-tips yang boleh diberikan untuk anda semua yang bakal menduduki Ujian JPJ pada bulan depan dan masa akan datang ...
Baiklah , itu sahaja coretan saya untuk kali ini . Semoga kita semua akan bertemu lagi di lain waktu . Wassalam :)
Ulasan