Pengalaman Ujian JPJ

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum dan hai semua ! Alhamdulillah , kita dapat lagi bersama dalam catatan blog pada kali ini . Baik , sebelum itu , saya nak tarik nafas dulu sebelum mula . Huh ~ huh ~ huh ...

Okay , hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang ... teng teng teng . Hah ! Berkenaan pengalaman saya mengikuti ujian JPJ . Ada siapa tidak tau apa tu ? Tapi , sebelum itu , saya ingin terangkan serba sedikit mengenai ujian JPJ ini ...



Haha , orait . Apakah gambar di atas tu ? Mesti semua sudah sedia maklum kan ? Baik . Ujian JPJ ini ialah satu ujian praktikal yang mana semua calon pemandu akan diuji kemahiran mereka dalam mengendalikan kenderaan . Setiap ujian yang dijalankan akan diuji oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dan seterusnya mereka yang akan menentukan sama ada anda lulus atau sebaliknya .

Ujian JPJ ini dibahagikan kepada 2 bahagian , iaitu :

  • Bahagian II (Bahagian Litar)
  1. Naik bukit
  2. Laluan "Z" dan "S"
  3. Parkir sisi
  4. Parkir 3 penjuru

  • Bahagian III (Jalan Raya)

Bagi bahagian 2 , semua calon akan mengikuti semua 4 ujian yang telah disebutkan tadi . Bermula dengan ujian menaiki bukit . Hah , ini ada saya mau cakap sikit berkenaan naik bukit . Kebiasaanya , kebanyakan calon mudah kecundang di bahagian ini . *waduuh , kenapa pula ?* .

Haa , ada beberapa faktor yang perlu diambil perhatian oleh calon dalam hal ini :

  1. Semasa mendaki bukit , tayar hendaklah menyentuh 50% , 70% atau 100% kepada garisan kuning yang sudah ditetapkan .
  2. Tayar kenderaan hendaklah tidak melanggar apa-apa benda yang terdapat di bukit itu , contohnya tiang .
  3. Kenderaan yang mati enjin , tayar hadapan tidak boleh terundur ke belakang lebih daripada 50% .
Kegagalan untuk mematuhi peraturan di atas menyebabkan calon gagal bagi ujian ini . *nombor 3 tu paling trauma bagi saya* . Hohoho .

Orait , manakala bagi bahagian 3 , calon akan diuji di jalan raya dan akan diperhati oleh seorang pegawai JPJ yang sama-sama duduk dalam kereta yang anda bawa . Antara perkara yang diambil kira di dalam bahagian 3 ialah :

  1. Rutin Sebelum Memandu (RSM)
  2. Cara memulakan perjalanan
  3. Cara memandu di jalan lurus
  4. Cara memandu di persimpangan
  5. Cara membelok ke kiri dan ke kanan
  6. Cara memandu di selekoh
  7. Pemanduan di bulatan @ roundabout dan laluan susur
  8. Pemanduan di kawasan sekolah , perumahan dan lain-lain
  9. Afektif 
Untuk pengetahuan semua , calon hanya akan dikira lulus apabila tidak ada sebarang kesalahan mandatori yang dilakukan di kedua-dua bahagian . Antara perkara mandatori yang perlu diambil berat ialah :

  1. Tali pinggang keledar *paling penting yaa"
  2. Masa yang diperuntukkan di dalam litar 
  3. Pengamalan Cermin , Isyarat , Titik Buta dan Olah Gerak (CITO) semasa di litar dan di jalan raya
dan lain-lain lagi .

Ehemm , test mike , okay . Berbalik kepada pengalaman , saya berterus terang bahawa saya telah mengikuti ujian JPJ sebanyak 2 kali ; kerana pada ujian JPJ pertama kali , saya gagal di bahagian jalan raya . 

*apa pula budak ni buat sampai gagal ?* . 

Kesalahan saya pada masa tu ialah gagal mengaplikasikan olah gerak yang betul dan salah masuk gear 4 yang menyebabkan kereta yang dipandu mati enjin semasa menaiki bukit , ya ampuuun !


Sepatutnya gear 2 , tapi gear 4 pula masuk :'(

Keadaan yang boleh menyebabkan kemalangan diri sendiri dan pemandu lain juga menyebabkan anda gagal dalam bahagian 3 ini .


Jadilah seperti yang diatas ... Jangan tau !

Okay , pada hari pertama saya mengkuti ujian JPJ buat pertama kali , saya sangat gelabah dan takut untuk ambil ujian tu . Tapi , ibu bapa saya terus memberi dorongan kepada saya untuk melakukan *pounsikou mama ayah* :) . Kami perlu datang awal untuk mengesahkan kehadiran ujian dan terus duduk menunggu giliran . Satu-satu nama akan dipanggil untuk memulakan Rutin Pemeriksaan Kenderaan atau lebih dikenali sebagai RPK selama 7 minit . 

Waktu tu , hanya Allah saja tau macamana rasa takut dan gementar tu bercampur macam kopi dan susu *pulak dah* , terkena lagi dengan penguji yang boleh kira tegas dan tengok muka dia pun takut sudah . Haha . Semua komponen kereta perlu disebut dan diberitahu kepada para penguji mengikut had masa yang telah ditetapkan .

Selepas RPK , kami akan menunggu di kawasan khas bagi mengikuti ujian bahagian 2 . Ujian pertama akan dilakukan bagi setiap 10 orang terlebih dahulu bermula dengan ujian memandu di bukit . Okay , ini pun satu hal juga . Biasanya memang orang akan terkandas awal di sini seperti mana yang sudah saya sebutkan di atas . Setelah bukit , kami akan pergi ke laluan "Z" dan laluan "S" dan diikuti dengan parkir sisi . Terakhir di litar , kami akan diuji di kawasan parkir 3 sisi .

Apabila anda gagal di salah satu kawasan di bahagian 2 , anda sudah dikira gagal keseluruhan . Begitu juga sebaliknya , jika anda gagal di jalan raya , anda juga gagal keseluruhan . Untuk mengulang , anda hanya perlu mengulang bahagian mana yang anda gagal sahaja .

Syukur alhamdulillah , bahagian 2 semuanya okay . Tapi , pening kepala sudah menguasai badan ni . *okay , hilang semangat sudah* ...

Masuk kepada bahagian 3 . Sebelum mula , kami ada berehat seketika sebelum memulakan bahagian ini . Setiap calon akan dipanggil dan akan diberi borang untuk diuji di jalan raya . Borang tersebut perlu diserahkan kepada pegawai yang meguji .

Sejujurnya , bahagian 3 ni memang saya takut , sebab waktu tu memang belum lagi mahir untuk membawa kereta , apa lagi menukar gear . Pegawai yang menguji saya di jalan raya juga ialah orang yang sama menguji saya semasa RPK . *okay , sabar saja laa*

Setelah melakukan RSM di dalam kereta , saya masuk gear 1 dan memulakan perjalanan . Keluar sahaja pagar litar , saya tukar gear . Namun begitu , saya tidak tahu tahap berapa sudah gear yang saya masuk . Tiba-tiba , kereta yang saya pandu sangat laju sehingga saya nyaris tidak dapat mengawalnya . Maka akhirnya , enjin kereta terhenti sebanyak 2 kali dan hampir terlanggar kereta di belakang kereta yang saya pandu . Maka disebabkan oleh itu , ujian JPJ saya pada waktu itu telah diisytiharkan sebagai gagal .

Pengalaman mematangkan kita , seeehhhh !


Selepas tahu saja gagal , memang mood saya ketika itu memang sangat buruk , sehinggakan untuk bercakap dengan ibu bapa pun tidak mahu . Hanya Allah saja yang tau waktu tu bagaimana perasaan ini *huhu , mula sudah dia jiwang tu* , eh , tiadalah ! Kecewa bah kan ?


Namun saya tidak berputus asa , saya pergi berjumpa dengan pelatih saya dahulu dan meneruskan pembelajaran seperti dahulu . Akhir sekali , keyakinan itu mula timbul dan rasa takut , cemas , gelabah dan seangkatan dengannya mula pudar .

Sekarang , alhamdulillah . Setelah mengikuti ulangan JPJ kali kedua di jalan raya , akhirnya saya lulus .

Saya boleh bayangkan , selama hampir 5 bulan saya mengikuti kelas memandu ini bermula daripada kosong sehingga sudah diajar dengan penuh kesabaran dan kepayahan , akhirnya baru boleh tangkap kaedah semua *terima kasih uncle* :)





Untuk anda semua yang ingin mengambil ujian memandu , cuma ada beberapa perkara sahaja yang boleh saya pesankan untuk anda semua :

  1. Tawakkal kepada Allah 
  2. Bersungguh-sungguh belajar cara pemanduan yang baik
  3. Perlu ada keyakinan diri
  4. Buang segala sangkaan negatif semasa belajar memandu 

Mama dan ayah saya pernah cakap kepada saya ...

Adik , kalau kau mau belajar memandu , hilangkan semua perasaan takut dan gelabah ; kerana itu semua akan menjadi mind-set di kepala kau tu ! Rileks saja bah.
Di bawah ini ada sedikit pesanan untuk anda semua dan tips-tips yang boleh diberikan untuk anda semua yang bakal menduduki Ujian JPJ pada bulan depan dan masa akan datang ...




Baiklah , itu sahaja coretan saya untuk kali ini . Semoga kita semua akan bertemu lagi di lain waktu . Wassalam :)

Ulasan

Unknown berkata…
Sy takut.... Sbb sy test jpj kali kedua bisuk...🤢
Wawan Eddyne berkata…
Haha , jangan takut . Okay saja tu
Unknown berkata…
Nak tanya kalau repeat kat jalan raya tu kan, kene buat rpk tu jugak ke.. ke tak perlu?
Wawan Eddyne berkata…
Kalau saya dulu tidak perlu 😂
Unknown berkata…
Gagal jalan raya....kne ulang balik litar x?
Unknown berkata…
Tak rasanya, sy mngulang jalan raya shaja.

Catatan popular daripada blog ini

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017