Alhamdulillah, Palestin Diiktiraf Menjadi Negeri Pemerhati bukan Ahli PBB

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum kepada semua Rakan Blogger sekalian. Akhirnya dapat juga admin mencoret di dalam blog ini. 

Semasa cek internet tadi, admin terserempak dengan satu berita di laman web sebuah akhbar. Ianya merupakan sebuah berita yang sangat menggembirakan buat semua. 

Selama menanti 65 tahun, akhirnya pada 29 November 2012, Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negeri pemerhati bukan ahli. Berita menggembirakan ini telah diumumkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (General Assembly Of United Nation) di New York, Amerika Syarikat. Kira- kira, sebanyak 138 negara telah bersetuju, 9 negara menentang dan 41 negara berkecuali.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, pengiktirafan ini merupakan sebuah anugerah untuk  melahir pembinaan negara merdeka Palestin.

Namun itu, terdapat juga negara yang tidak menyokong Palestin, contohnya  Amerika Syarikat yang berusaha untuk menggagalkan undian perhimpunan agung tersebut. 

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ketika di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat

Rakyat Palestin gembira menyambut kegembiraan ini

Mahmoud Abbas berpelukan bersama Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu 

Sambutan Kegembiraan di Ramallah, Palestin


Semoga Allah memberikan kemerdekaan yang sebenar kepada negara Anbiya' serta rakyatnya yang hidup dalam aman seperti di negara Malaysia, Amin...

Sokong Palestin,
Hancur Israel!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Ujian JPJ

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017