Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1434 Hijrah di Putrajaya International Convention Center

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah pada hari ini, kita telah membuka lembaran tahun yang baharu di dalam Islam iaitu 1434 Hijrah. 1433 telah meninggalkan kita pada 5 minit sebelum Solat Maghrib semalam. Semalam pun, bapa admin sempat juga Kita berharap agar kita dapat memperbaiki diri kita di awal Muharram 1434 ini.


Pada hari ini, Malaysia telah membuat Majlis Perhimpunan Maal Hijrah pada jam 9:30 Pagi tadi di Putrajaya International Convention Center (PICC). Pelbagai agensi kerajaan yang memakai pakaian baju Melayu dan baju kurung telah menghadiri Sambutan Perhimpunan Maal Hijrah. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datu Seri Mohd Najib bin Haji Tun Abd Razak. Di samping itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Bersara Datuk Jamil Khir Baharom dan Datu Dr. Masitah Ibrahim, Tun- tun, Toh Puan- Toh Puan, Wakil Duta Negara Asing dan orang kenamaan juga turut mengikuti Perhimpunan ini. Datu Seri Mohd Najib juga sempat memberikan ucapan di dalam Perhimpunan tersebut. Antara ucapan yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri ialah:

  1. Mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW.
  2. Memperbaiki diri setiap orang Islam dan lebih maju ke hadapan serta bijaksana.
  3. Salah Faham berkenaan tentang satu petikan ayat Al- Quran "Tiada paksaan dalam Agama Islam".
Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abd Razak

Pada tahun ini, Allayarham Tan Sri Abdul Hamid Othman telah dipilih menjadi Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1434 Hijrah. 

Al Fatihah buat Allahyarham
Ia berdasarkan kriteria- kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Tokoh Maal Hijrah. Beliau berasal dari Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah dan dilahirkan pada tarikh 21 Julai 1939. Telah melalui pembelajaran di Madrasah serta Universiti Tempatan dan Luar Negara. Dikhabarkan juga, Allahyarham pernah belajar di sebuah Universiti di Republik Arab Mesir. Namun sebagai seorang hamba Allah SWT, dia dijemput pulang oleh Ilahi pada 23 Disember tahun lalu.

Antara sumbangan yang telah dibuat oleh Allayarham Tan Sri Abdul Hamid Othman ialah:

  1. Mencetus idea untuk membuat Kad Perakuan Nikah bagi Wilayah Persekutuan.
  2. Menguruskan Perjalanan Haji Malaysia dengan baik.
  3. Pencetus idea Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di seluruh negara.
  4. Pernah menjadi Penasihat Agama bagi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Admin pun sempat melihat slide show berkenaan tentang Penerima Tokoh Maal Hijrah 1434 ni, rupanya lebih banyak sumbangan beliau kepada negara selain daripada apa yang telah disebutkan oleh admin tadi. Anugerah Tokoh Maal Hijrah tersebut telah disampaikan kepada Allahyarham melalui isterinya, Puan Sri Jamilah binti Mohd Said.  

Selepas penganugerahan Tokoh Maal Hijrah, telah diadakan juga persembahan khas sempena dengan Maal Hijrah ini. Antaranya ialah Ikrar, Persembahan Nasyid dan Persembahan Wasiat. 

Acara perhimpunan Sempena Maal Hijrah bersurai tadi kira- kira jam 11:10 minit Pagi. 

Admin berharap agar semua umat Muslimin dan Muslimat di Malaysia, khususnya seluruh dunia bermuhasabah diri dan membuat sasaran yang lebih baik daripada tahun- tahun tersebut. Semoga Allah SWT melimpahkan banyak rahmat di tahun Hijrah 1434 ini, Insyaallah.

Sekian ini yang dapat dikongsikan kepada semua Blogger pada hari ini. Kalau ada kesempatan, admin akan mencoret lagi kisah yang lebih menarik pada masa akan datang. Wassalam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Ujian JPJ

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017