Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang Sijil Menengah Ugama 2012
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan Selamat Malam kepada semua rakan blogger sekalian. Malam ini barulah ada sedikit masa untuk admin mencoret lagi di blog ini. Sudah berapa minggu admin tinggalkan blog ni untuk menghabiskan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) di sekolah admin... jauh! Masa nak pulang tu, ada lah sedikit ketenangan yang admin rasa, hehe....
Tapi bukan itu yang admin yang ingin kongsikan dengan semua, tetapi ada yang lebih menarik dari itu. Pada 9 November yang lalu, admin ada buka Facebook bagi melihat keadaan semasa di dalamnya. Tiba - tiba, admin terjumpa satu keratan akhbar di salah satu Facebook rakan admin... gambarnya di bawah;
Alhamdulillah, rupanya keputusan peperiksaan Sijil Menengah Ugama 2012. Mengikut maklumat saya, sebanyak 18 orang dari sekolah saya, SMA Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut, telah mendapat Mumtaz. Bagi keseluruhan sekolah, 31 orang telah mendapat Mumtaz SMU pada tahun ini.
Di samping itu juga, Keputusan Sijil Rendah Ugama 2012 juga diumumkan serentak dengan Sijil Menengah Ugama 2012.
Fiqriyah binti Mohd Kunarto (gambar di bawah), dari Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang bagi Sijil Menengah Ugama tahun ini dengan mendapat 11 Mumtaz (Cemerlang) dan 1 Jayyid Jiddan (Terbaik).
Bagi lelaki pula ialah Mohd Hafiz bin Hawaji, juga dari sekolah yang sama.
Admin yakin, pelajar dari Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan bukan sahaja berkebolehan dalam ilmu agama Islam, malahan profesional dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan dan lain - lain lagi, Insyaallah.
Di kesempatan ini juga, admin mengucapkan setinggi - tinggi syabas dan tahniah kepada semua calon SMU 2012 yang telah mencapai keputusan yang memberangsangkan dan kepada yang gagal, janganlah jadikan ini sebagai pengakhir kehidupan anda. Anda masih ada kesempatan yang lain di masa akan datang.
Sekian ini sahaja yang dapat dikongsikan dengan rakan blogger semua. Kalau ada masa dan kelapangan, admin akan mencoret lagi di blog ini, Insyaallah. Wassalam.
Ulasan