Islam Agamaku #2 : Mari Belajar Solat Sunat Dhuha!
Assalamualaikum bloggerian sekalian dan salam 1Malaysia. Malam ini, admin nak ajar sikit tentang satu solat sunat yang agaknya biasa kita dengar tak kira dari mana saja. Ia adalah Solat sunat Dhuha! Solat sunat Dhuha berkait rapat dengan rezeki sama ada dimurahkan rezeki, rezeki diberkati, manfaat rezeki dan pahala yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT. " Dhuha " bermaksud pagi. Sesuai dengan nama itu, ia dilakukan kira-kira 20 minit selepas terbitnya matahari di langit. Waktu afdhal melaksanakan solat Dhuha ialah pada waktu sinar matahari semakin panas; Ia berdasarkan daripada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam yang bermaksud : " Solat Dhuha ini afdhalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya". Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai berlalunya seperempat tempoh pagi iaitu pukul 10:00 Pagi sehingga 1:00 Tengah Hari ( Berdasarkan Kitab Karangan Imam Nawawi bertajuk " Kitab Al Majmu' )