Sambutan Maal Hijrah @ Awal Muharram 1435H, 2013M

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum blogger! Apa khabar? Alhamdulillah hari ini admin dapat "mencoret" lagi dalam blog ni...

Semalam, telah bertukarlah tahun hijrah daripada 1434 ke 1435 Hijrah. Syukur tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan keizinannya, kita dapat mengorak ke arah tahun baru Islam.


Di Malaysia, setiap negeri akan mengadakan Sambutan Maal Hijrah pada setiap tahun. Ia untuk mengenang dan mengambil iktibar daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bersama-sama para sahabat baginda dan umat Islam. 

Di dalam negara serba moden ini, kita diseru untuk menghayati dan melakukan hijrah demi keamanan hidup kita di samping mengelakkan diri kita terjerumus di dalam lembah kehinaan dan kemaksiatan. Tidak dapat disangkal lagi, cabaran akhlak dan agama menjadi cabaran pada zaman yang semakin membangun ini. Oleh itu, umat Islam perlu sedar bahawa hidup moden ini ada kalanya membawa kebaikan dan ada juga yang sebaliknya.

Tahun ini, admin ada menonton lintas langsung Maal Hijrah peringkat kebangsaan di TV1. Rancangan bermula dari jam 9:30 sehingga jam 11:10 (dalam anggaran) pagi. Acar dimulakan oleh bacaan doa dari Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya. Majlis telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong, Al Mu'tasimu Billahi Muhibuddin Tunku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almaruhum Sultan Badlishah. 

Selepas itu, bacaan Al Quran telah disampaikan oleh Johan Qari peringkat kebangsaan 2013, Anuar Hasin. Terdapat juga persembahan dari kanak-kanak yang lagunya bertajuk "Kisah 8 Dirham" dan tazkirah dari penceramah terkenal negara, Ustaz Badlishah Alaudin. Hafiz Hamidun juga mempersembahkan selawat kepada nabi Muhammad SAW. 

Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1435 Hijrah telah dipilih oleh JAKIM dan telah dipersetujui ada 1 anugerah untuk dalam negara dan 1 anugerah untuk antarabangsa; iaitu:

  1. Mejar (B) Tan Sri Dato' Abdul Hamid bin Zainal Abidin
  2. Zakir Abdul Karim Naik @ Zakir Naik

\
Di sini admin ingin berkongsi kepada blogger sekalian tentang biodata penerima anugerah Maal Hijrah 1435H.

  • MEJAR (B) TAN SRI DATO' ABDUL HAMID BIN HAJI ZAINAL ABIDIN (B)

Beliau dilahirkan di Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanah Lalang, Bagan Datoh; dan meneruskan pengajian di Madrasah Irsyadiah Bt. 26, Bagan Datoh dan Madrasah Alawiyah, Arau, Perlis. Beliau mengambil "master" di Universiti Al Azhar, Mesir. Pernah menyambung pelajaran di Muslim College, London. Beliau berpengalaman menjadi pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar, Tampin, Negeri Sembilan. Beliau juga pernah menjadi Pengarah Kor Agama, Angkatan Tentera Malaysia pada 1985 dan pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 2004 sehingga 2009. 

Menjawat jawatan di kerajaan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2001 sehingga Mac 2004 dan mejadi Ahli Parlimen Kawasan Parit Buntar, Perak pada tahun 2004-2008. Beliau telah menerima 7 anugerah atas jasanya kepada negara; seperti Panglima Jasa Negara (1999), Panglima Setia Mahkota (2011) dan Kasteria Mangku Negara (1990). 


  • ZAKIR ABDUL KARIM NAIK
Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India. Beliau ialah seorang ulama, pendakwah yang terkenal di kalangan masyarakat dunia. Beliau ialah pemegang Sarjana Perubatan dan Bedah dari Universiti Mumbai (University of Mumbai). Beliau terkenal kerana kelantangannya mematahkan hujah pihak lawan dalam dialog perbandingan agama. Beliau ialah pengasas Yayasan Penyelidikan Islam (PRF) dan Peace TV yang berpusat di Mumbai, India. Beliau menjadikan Ahmad Deedat, seorang pendakwah juga sebagai inspirasinya dalam menyampaikan risalah Islam kepada dunia. Beliau pernah dinobatkan sebagai orang ke 89 dalam "100 orang paling berkuasa di India" pada tahun 2010. Dari dia juga, banyak orang yang bukan Islam masuk Islam setelah mendengar ceramahnya bukan sahaja dari kalangannya sahaja, namun luar dari kalangannya. 

Setiap pemenang menerima sebanyak RM100,000, medal dan sijil penghargaan yang diberikan oleh Seri paduka yang Dipertuan Agong.

Sekian itu sahaja perkongsian pada hari ini, kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi... Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Ujian JPJ

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017