Cepatnya Masa Berlalu Pergi...
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum blogger sekalian. Alhamdulillah, admin dapat mencoret lagi di blog ni. Suhu yang sejuk suam di sekitar rumah admin menjadikan admin "datang akal" untuk menulis di blog ini. Bosan sungguh di rumah sekarang ni..
Duhai masa, kau pergi sangat cepat. Kini, admin sudah tingkatan 2 ; tahun depan tingkatan 3 pula. haha... Segala cabaran yang telah dihadapi oleh admin telah menjadikan admin lebih matang dalam berfikir.
Ya Allah, saya tidak menyangka masa itu berlalu begitu sahaja tanpa disedari. Haha... Tadi mama admin mahu pergi sekolah... setiap hari ibu admin lambat ke sekolah. Terjadilah dialog antara admin dan mama admin:
Mama : Adik! Jam berapa sudah?
Admin : Jam 7:05 Pagi, mak.
Mama : Cepat tul woo...
Lepas tu mama admin tanya lagi:
Mama : Berapa minit sudah?
Admin : 10
Mama : ...
Terkejutnya, 5 minit sudah berlalu, tapi mama baru saja tanya. Ish,ish,ish...
Admin tahu... ada orang di sekeliling kita yang menganggap masa muda itu untuk berhibur, tapi INGATLAH, masa muda ini ialah masa emas untuk kita... kerana pada masa itu... kita diberikan kekuatan untuk menimba ilmu, berjalan-jalan ke tempat yang bermanfaat. Jangan pada masa tua nanti baru nak menyesal... menangis air mata darah pun tidak berguna sudah bah!
Allah SWT sendiri telah merakamkan peringatannya di dalam Al Quran mengenai masa dalam Surah Al Asr, Ayat 1-3;
والعصر
إن الإنسان لفى الحسر
إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر
- Demi Masa;
- Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
- Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan- pesan dengan kesabaran.
Nampak kan???
Jadi, sentiasalah mengambil berat tentang waktu; kerana waktu itu tidak boleh diputar balik... hehe... Seperti kata pujangga mengatakan "Masa itu emas"... Kalau orang putih pula kata... "Time is gold"... orang Arab pun mau juga... diorang kata "Masa itu bagaikan pedang, kalau kau tidak memotongnya, maka kau akan dipotong". Banyak versi untuk setiap bangsa... haha.
Sekian itu sahaja di pagi Jumaat ini, Wassalam...
Ulasan