Cerita UPSR 2013!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Bloggerian sekalian. Alhamdulillah hari ini kita dipertemukan dengan hari Jumaat yang menjadi penghulu bagi setiap hari. 

Kelmarin bersamaan 14/11/2013, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bagi 2013. Mengikut laporan Kementerian Pendidikan, keputusan calon UPSR pada tahun ini adalah yang terbaik dalam masa 4 tahun. Haha.. kalah kami yang ambil UPSR 2011.

Kelmarin juga, admin ada pergi melawat sekolah lama admin, SK St Benedict, Ranau; itupun ada kawan ajak sama ikut dia. Macam kekok dan badan bergegar  pula masuk sekolah masa tu, (tapi sekolah dia sendiri maa...). Syukur ada seorang kawan admin datang dulu. Haha.. dia minta admin buka pintu sebab ada budak kunci dia... lawak! 

Lepas tu, kami jalan ke blok pentadbiran dan telefon orang yang ajak admin datang sekolah ni... Dia ajak, dia lambat pula! Makin lama-makin banyaklah kami. 

Nasib baik, cikgu-cikgu di sana masih kenal admin... (kalau tidak melepaslah ni...). Kena juga masa tu, Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar atau yang biasa kami panggil "MAKP". 

Admin dan kawan-kawan tunggu dalam masa beberapa jam atau minit masa tu; sebab Guru Besar nak ambil keputusan dari Jabatan Pelajaran Daerah. 

Masa di sekolah tu, admin sempat ambil gambar segelintir kawan-kawan dan gambar sekolah tu. 

Keputusan peperiksaan UPSR sekolah admin meningkat pada tahun ini sebanyak 63 orang calon lulus daripada 75 orang yang mengikuti UPSR tahun ini. Peratus kelulusan meningkat 84% dan menjadi penymbang kepada kenaikan GPD daerah Ranau untuk tahun ini. GPS pula sebanyak 1.98%. Tahniah admin ucapkan kepada semua yang mendapat 5A, 4A, 3A, 2A, 1A dan yang lulus pada UPSR tahun 2013.

Kepada yang gagal, jangan sesekali putus asa kerana anda telah berusaha sedaya upaya anda. Tahun depan kuatkan azam untuk berjaya. OK! 

Ini ada sedikit gambar yang admin tangkap di sekolah kelmarin. 



















Sekian itu sahaja untuk hari ini, Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Ujian JPJ

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Throwback : Debaran STAM 2017