Islam Agamaku #2 : Mari Belajar Solat Sunat Dhuha!
Assalamualaikum bloggerian sekalian dan salam 1Malaysia. Malam ini, admin nak ajar sikit tentang satu solat sunat yang agaknya biasa kita dengar tak kira dari mana saja. Ia adalah Solat sunat Dhuha!
Solat sunat Dhuha berkait rapat dengan rezeki sama ada dimurahkan rezeki, rezeki diberkati, manfaat rezeki dan pahala yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT.
" Dhuha " bermaksud pagi. Sesuai dengan nama itu, ia dilakukan kira-kira 20 minit selepas terbitnya matahari di langit.
Waktu afdhal melaksanakan solat Dhuha ialah pada waktu sinar matahari semakin panas; Ia berdasarkan daripada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam yang bermaksud :
" Solat Dhuha ini afdhalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya".
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai berlalunya seperempat tempoh pagi iaitu pukul 10:00 Pagi sehingga 1:00 Tengah Hari ( Berdasarkan Kitab Karangan Imam Nawawi bertajuk " Kitab Al Majmu' )
Cara solat Dhuha sama dengan cara solat yang lain, tetapi mengikut hadis Nabi SAW, surah yang digalakkan semasa menunaikan solat Sunat Dhuha selepas membaca Surah Al Fatihah ialah Surah As Syam pada rakaat pertama dan Surah Ad Dhuha pada rakaat kedua ( Hadis diriwayatkan oleh Hakim ). Solat sunat Dhuha juga boleh dikerjakan 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Jika sesiapa yang ingin yang ringkas, 2 rakaat pun sudah cukup, tetapi ia dilakukan secara Istiqamah iaitu berterusan serta ikhlas di dalam hati. :)
Lafaz niat solat Dhuha ialah;
أصلى سنة الضحى ركعتين لله تعالى
Ushalli sunatat dhuha rak'atayni lillahi ta'ala
Ushalli sunatat dhuha rak'atayni lillahi ta'ala
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala
Selepas itu, solat seperti mana anda solat biasa. surah yang digalakkan oleh Rasulullah SAW selepas membaca Surah Al Fatihah dalam solat ini ialah:
- Surah As Syam = Rakaat Pertama
- Surah Ad Dhuha = Rakaat Kedua
* Nota:
Jika anda tidak hafal surah di atas, and juga boleh membaca apa-apa sahaja surah yang telah anda hafal. :)
Selepas mengerjakan solat Dhuha ini, bacalah mana-mana doa yang berkaitan, tapi lebih afdhal membaca doa yang dianjurkan oleh Nabi SAW seperti yang dibawah;
Ulasan