Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Perhubungan diantara Sains dan Islam

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Alhamdulillah rakan Blogger, kita dapat berjumpa lagi pada hari ini. Seperti biasa, saya akan berkongsi dengan anda tentang sesuatu yang menarik untuk dikongsi. Islam merupakan sebuah agama yang sangat indah. Agama ini mengajar kita menjadi lebih berdisiplin dan taat kepada Allah SWT. Di samping itu juga, Islam mengalakkan umatnya untuk menimba ilmu yang banyak agar kita menjadi umat yang lebih berpengetahuan dan bermanfaat kepada semua orang.  Islam sangat berkait rapat dengan Sains. Kita sering mempelajari matapelajaran Sains di sekolah dan di Universiti. Namun adakah anda perasan bahawa setiap hari kita terdedah dengan ilmu Sains secara tidak langsung? Hah! Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang Kaitan Sains dan Islam.  Sains merupakan satu hasil kajian berkenaan tentang alam semulajadi dan teknologi yang ada disekeliling kita. Sains ini banyak cabangnya serta kerjayanya. Kita diciptakan juga ole

Sambutan Ulangtahun ke 25 Hamas 2012

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia Blogger sekalian. Sekali lagi admin mencoret untuk tatapan anda semua pada hari ini. Semalam pada 08 Disember 2012, Islamic Resistance Movement atau Hamas telah menyambut hari ulangtahun mereka yang ke 25 di Gaza City, Palestin.  Di samping itu juga mereka turut menyambut ketibaan Ketua Hamas, Khaleed Mashaal yang telah dibuang negara oleh Israel.  Pembebasan itu juga merupakan titik tolak untuk lebih kuat menenetang Israel yang sekian lama menjajah Palestin tanpa mempunyai sifat kemanusiaan langsung. Aktivis- aktivis yang menyumbangkan sumbangan daripada negara masing- masing juga turut serta dalam sambutan tersebut, antaranya Malaysia, Algeria dan lain- lain negara lain.  Admin menganggarkan lebih daripada 1,000 orang telah menghadiri ulangtahun Hamas ke 25 semalam. Di bawah merupakan gambar- gambar sepanjang sambutan ulangtahun tersebut; Khaleed Mashaal bersalaman dengan ra

Alhamdulillah, Palestin Diiktiraf Menjadi Negeri Pemerhati bukan Ahli PBB

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum kepada semua Rakan Blogger sekalian. Akhirnya dapat juga admin mencoret di dalam blog ini.  Semasa cek internet tadi, admin terserempak dengan satu berita di laman web sebuah akhbar. Ianya merupakan sebuah berita yang sangat menggembirakan buat semua.  Selama menanti 65 tahun, akhirnya pada 29 November 2012, Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negeri pemerhati bukan ahli. Berita menggembirakan ini telah diumumkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu ( General Assembly Of United Nation ) di New York, Amerika Syarikat. Kira- kira, sebanyak 138 negara telah bersetuju, 9 negara menentang dan 41 negara berkecuali. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, pengiktirafan ini merupakan sebuah anugerah untuk  melahir pembinaan negara merdeka Palestin. Namun itu, terdapat juga negara yang tidak menyokong Palestin, contohnya  Amerika Syarikat yang berusaha untuk menggagalkan

Selamat Hari Lahir Pertama "Laptop Lapuk 0303"!

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum kepada semua rakan blogger sekalian. Alhamdulillah, setelah lama menulis, akhirnya Laptop Lapuk 0303 meraikan hari lahir pertama pada hari ini. Blog ini telah dibangunkan pada 24 November 2011.  Setakat tahun lalu, sebanyak 18 entri telah diterbitkan di dalam blog ini, manakala sebanyak 23 entri telah diterbitkan sampai hari ini.  Semoga dengan ini, blog Laptop Lapuk 0303 akan lebih bermanfaat buat anda pada masa akan datang. Insyaallah... S E L A M A T  H A R I  L A H I R ! ! !

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2012 di Sekolah Kebangsaan St Benedict, Ranau

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum kepada semua rakan Blogger sekalian. Jam 10:00 pagi tadi, para pelajar Tahun 6, calon Ujian Pencapain Sekolah Rendah 2012 di seluruh negara telah mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing masing.  Menurut statistik Kementerian Pelajaran Malaysia, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah telah diambil oleh 517,319 pelajar Tahun 6 di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara. Hari ini juga merupakan keputusan peperiksaan UPSR di bekas sekolah rendah saya, Sekolah Kebangsaan St Benedict, Ranau. Seramai 5 orang calon UPSR telah mendapat "A" dalam semua pelajaran, manakala 2 orang mendapat 4A, 1B. Admin berasa sedikit terkilan kerana keputusan UPSR pada tahun ini sedikit menurun berbanding tahun lalu. Namun, admin bersyukur kerana calon yang mendapat 5A lebih daripada 2 orang. Nama pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR tahun ini ialah:  Nur Syamimi Ayuni binti Rosli Aziemah Fitri binti Linggin Javier Joebell Jonis

Israel Semakin Menggila

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Peritnya Suasana di Gaza, Palestin Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Ya Allah, Gaza semakin teruk ya Allah... Zionis semakin menggila dan menggila membedil bom mereka. Apalah banyak dosa rakyat Gaza dan Palestin kepada Israel? Mengapakah mereka tidak memberhentikan serangan mereka itu? Sedih melihat anak -anak kecil, wanita dan orang dewasa di bunuh oleh Laknatullah itu Ya Allah. Darah berlumuran di jalanan dan mayat - mayat mereka dikubur tidak sesenang orang mati  dalam negara yang tenang,  Adakah kita tahu betapa dalamnya kesedihan  bapa yang kehilangan 3 anak ini? Ya Allah. Darah saudara seislam di sana sini. Menitis air mata melihat semua itu, Ya Allah. Apa yang kami rasakan sekarang ini sukar untuk mereka rasakan. Adakah mereka tahu? Hati anak- anak kecil yang kehilangan ibu bapa mereka yang telah menjaga mereka dengan baik? Ya! Israel itu negara, tetapi negara itulah negara yang paling kejam, biadap, kurang ajar, keras kepala,

Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1434 Hijrah di Putrajaya International Convention Center

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah pada hari ini, kita telah membuka lembaran tahun yang baharu di dalam Islam iaitu 1434 Hijrah. 1433 telah meninggalkan kita pada 5 minit sebelum Solat Maghrib semalam. Semalam pun, bapa admin sempat juga Kita berharap agar kita dapat memperbaiki diri kita di awal Muharram 1434 ini. Pada hari ini, Malaysia telah membuat Majlis Perhimpunan Maal Hijrah pada jam 9:30 Pagi tadi di Putrajaya International Convention Center  (PICC). Pelbagai agensi kerajaan yang memakai pakaian baju Melayu dan baju kurung telah menghadiri Sambutan Perhimpunan Maal Hijrah. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datu Seri Mohd Najib bin Haji Tun Abd Razak. Di samping itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Bersara Datuk Jamil Khir Baharom dan Datu Dr. Masitah Ibrahim, Tun- tun, Toh Puan- Toh Puan, Wakil Duta Negara Asing dan orang kenamaan juga turut mengikuti Perhimpunan ini. Datu Seri Mohd Najib juga sempat memberik

Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang Sijil Menengah Ugama 2012

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum dan Selamat Malam kepada semua rakan blogger sekalian. Malam ini barulah ada sedikit masa untuk admin mencoret lagi di blog ini. Sudah berapa minggu admin tinggalkan blog ni untuk menghabiskan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) di sekolah admin... jauh! Masa nak pulang tu, ada lah sedikit ketenangan yang admin rasa, hehe.... Tapi bukan itu yang admin yang ingin kongsikan dengan semua, tetapi ada yang lebih menarik dari itu. Pada 9 November yang lalu, admin ada buka Facebook bagi melihat keadaan semasa di dalamnya. Tiba - tiba, admin terjumpa satu keratan akhbar di salah satu Facebook rakan admin... gambarnya di bawah; Alhamdulillah, rupanya keputusan peperiksaan Sijil Menengah Ugama 2012. Mengikut maklumat saya, sebanyak 18 orang dari sekolah saya, SMA Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut, telah mendapat Mumtaz. Bagi keseluruhan sekolah, 31 orang telah mendapat Mumtaz SMU pada tahun ini.  Di samping itu juga, Keputusan Sijil Rendah

Wali Band- C.A.B.E (Cari Berkah)

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم The Wali Band Assalamualaikum semua rakan Blogger. Tadi, semasa saya mencari lagu - lagu menarik Wali Band di YouTube,  yalahkan  kesunyian...hehe... Tiba - tiba, saya terjumpa dengan lagu Wali Band.... tak taulah lagu ini dibuat tahun lalu ataupun tahun ni... tapi admin percaya lagu ni dibuat tahun ini.  Hehe... di dalam lagu ini banyak moral yang diceritakan, antaranya:  Permohonan hamba kepada Tuhannya untuk memberkati kehidupannya. Setiap harta itu, ada sebahagian haknya kepada orang lain. Berkat Allah menjadikan kehidupan kita lebih baik. Jangan bersikap sombong jika mempunyai sesuatu kelebihan. Jika rakan Blogger ingin lirik lagu ini; bolehlah melayari laman web di bawah # http://liriklaguindonesia.net/wali-cari-berkah-cabe.htm/ Sekian itu sahaja perkongsian pada hari ini, Wassalam.

Panggilan Haji Telah Tiba Lagi...

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada semua rakan blogger sekalian. Hari ini ialah Hari Jumaat, ia merupakan penghulu bagi setiap hari yang ada. Hari ini, admin akan bercerita tentang anda mengenai satu perkara. Hmm... anda semua rasa apa gambar yang ada di bawah? Dan apakah peristiwa yang mengaitkan gambar tersebut serta apa yang bakal admin ceritakan hari ni?... Ya gambar di bawah merupakan Masjidil Haram, Tempat tertumpunya semua ibadah orang Islam. Masjidil Haram, Mekah Al- Mukarammah, Arab Saudi Musim Ini ialah Musim Haji, di mana semua orang Islam yang telah mendapat seruan Allah SWT untuk mengerjakan Haji pergi. Banyak cubaan yang bakal atau mungkin telah anda hadapi semasa pergi ke sana, contohnya bersempit-sempitan dalam jumlah jemaah Haji yang beribu orang, keadaan cuaca yang sangat mencabar serta cubaan-cubaan yang lain. Namun, setiap apa yang anda hadapi itu semuanya mendapat pahala dan kebaikan, InsyaAllah. Ibadah Haji juga meru

Pantun Malaysia, Negaraku Sayang

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم  Kampung Serusup kampung yang cantik, Sawahnya cantik, udaranya nyaman, Negara Malaysia negara menarik, Semua rakyatnya hidup dalam aman. Pokok Melati, Pokok Sena, Cantik diletak di hadapan beranda, Negara kita negara berbudaya, Dalam keadaan pelbagai bangsa. Mak cik Timah pergi ke kebun, Untuk mengambil serumpun serai, Rakyat Malaysia bersopan - santun, Sesama keluarga mahupun orang ramai. Pergi ke hutan bersama ayah, Untuk mencari kayu jati, Perdana Menteri kita sangat amanah, Takkan pernah memungkiri janji. Mari kita pergi ke Kedah, Singgah sekejap di negeri Melaka, Mari bersama berdoa kepada Allah, Agar Malaysia sentiasa sejahtera.