Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Yay ... Cuti Sudah ! Boleh Saya Rehat Kah ?

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bloggerian sekalian. Syukur admin dapat membuka blog pada hari ini. Sudah lama rasanya admin tidak buka blog ... Mau menulis, tiada idea ... Ditambah lagi dengan kesibukan di sekolah, biasalah budak asrama lah katakan ... Haha. Alhamdulillah, kita semua dapat hidup pada hari ini dengan keriangan dan kesihatan disisi keluarga kita yang tersayang, itulah kebaikan yang Allah bagi kepada kita semua. Mari admin ceritakan sesuatu yang admin ingin ceritakan ... Cerita dia begini. Sepanjang Ogos sehingga Oktober ... Admin tersangatlah sibuk. Selepas sahaja cuti raya, admin dan rakan-rakan admin sibuk untuk mengulang kaji pelajaran, biasalah kan Tingkatan 3 duduk Pentaksiran Tingkatan Tiga atau orang lain lebih kenal sebagai PT3. Bermula tahun ini, PMR seperti yang kita semua sedia maklum, ia merupakan peperiksaan awam bagi semua Tingkatan 3 di seluruh Malaysia; Tetapi tahun 2014, sudah ditukar menjadi PT3. Untuk pengetahuan bloggerian sekalian

Perancangan Untuk Semester 2 !~

Imej
Assalamualaikum bloggerian sekalian ! Apa cerita kamu hari ini? Semoga baik-baik semuanya. Selawat dan salam kita hadiahkan kepada nabi kita yang tersayang, Nabi Muhammad SAW.  Hurm... Cuti 3 minggu mau habis sudah, balik sekolah belajar lagi kita. Masih ada 5 hari kita boleh bercuti dan kita sudah masuk semester kedua!... Sabar bah kau guru... Seperti yang kita tahu, semester kedua adalah yang paling sibuk di kalangan pelajar dan guru sekolah. Sebab kenapa? Kerana semester itulah kita berhabis-habisan untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menduduki peperiksaan besar, seperti PT3, SMU, SPM, STAM dan STPM. Macam admin, tahun ini admin akan menduduki peperiksaan PT3. Peperiksaan yang admin duduk tahun ni ialah peperiksaan yang diganti dengan PMR. Syukurlah kamu yang duduk PMR untuk kali terakhir ... 1998. Selamat Semua ! Bentuk soalan PT3 pun admin masih samar-samar dan kurang jelas.  Bagi yang bekerja pula, mereka akan bekerja bersungguh-sungguh unt

Daulat Tuanku!

Imej
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia Bloggerian sekalian. Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah kerana dengan nikmat dan kurniaNya, kita masih boleh melihat dan merasai keindahan alam di sekeliling kita serta masih boleh buka komputer, main Facebook! Haha.. Pada hari ini, genap 1 minggu 6 hari sudah admin bercuti sekolah... tidak lama lagi admin akan pulang balik ke asrama mau sekolah balik untuk semester 2. Haish! Tapi bukan tu yang admin nak bercerita sama bloggerian sekalian, tapi ada satu cerita nak admin kongsikan.  Pada hari ini, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang ke 14, Al Mu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyambut keputeraan baginda pada hari ini. Semalam, admin buka siaran Astro, kebanyak channel pasang titah DYMM Seri Paduka Baginda sempena keputeraan baginda.  Moga Allah kekalkan daulat Tuanku ... Amin :) Untuk pengetahuan bloggerian sekalian, DYMM Seri Paduk Baginda yan

Cuti Datang Juga Akhirnya...

Imej
Assalamualaikum Bloggerian sekalian. Sudah 2 bulan admin tidak membuka blog ini... biasalah, waktu sibuk sudah bermula sebagai seorang pelajar. Jadi bagaimana khabar kamu di sana?. Baru saja admin menduduki peperiksaan semester pertama, exam yang diadakan susah, namun Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah atas rahmatNya juga.  Exam  pertama yang admin duduk adalah Matematik ... Ya Allah, bencinya! Hah apa lagi, tembak saja bah kertas tu... hentam sajalah. Waktu menghafal, sibuk pergi kacau orang sama main laptop... Eh susah. Tapi nasib baik sempat menghafal... tapi masa menjawab, sangkut-sangkut . Alhamdulillah, berkat usaha dan doa ... ada juga 2 "A" pelajaran saya... :) Tapi itu semua sudah berlalu... yang penting sekarang kita nak CUTIIIIIII!!!!  Admin pulang dari asrama ke rumah pada 26/5/2014... Kali ni, admin tidak bersendirian sebab abang admin dari Kuala Lumpur pun balik bercuti di rumah. Kesian dia... berapa bulan sudah mau

#MH370, Kami Berdoa Untukmu...

Imej
Assalamualaikum pembuka bicara kepada semua bloggerian sekali. Memang lama sudah admin tidak buka blog ni pasal sibuknya betul di sekolah. Biasalah tu... Budak sekolah! Pada awal bulan Mac 2014, iaitu pada 8/03/2014, satu Malaysia telah dikejutkan dengan misteri kehilangan kapal terbang MH370 jenis Boeing 777 milik Malaysia Airlines. Pada masa ni, admin masih di sekolah, baru saja pulang dari rumah, 6 hari selepas waktu cuti bulan Februari. Mengikut maklumat yang admin dapat waktu pulang rumah, kapal terbang tersebut telah berlepas dari KLIA kira-kira pada jam 12:41 tengah malam untuk terbang ke Beijing; dan dijangkakan datang ke Beijing pada jam 6:30 Pagi. Kalau tidak silap, pada jam 2:30 pagi, ia dilaporkan keluar dari radar.  Gambar Hiasan Astro Awani Berdasarkan media, kapal terbang tersebut telah hilang dan tidak dapat dikesan selama 400 jam. Tetapi yang terkejutnya admin, pada 24/03/2014, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tela

Selamat Tahun Baru 2014!

Imej
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia semua Bloggerian ! Selamat tinggal 2013 yang penuh dengan kenangan. Alhamdulillah, kita telah sampai kepada tahun yang baru, iaitu tahun 2014 dan post ini merupakan post pertama di dalam tahun baru ini.  Dari sebelum jam 12:00 Tengah Malam, sudah banyak bunyi mercun "pum...pam!" di kawasan admin, sampai mau terkejut jatuh jantung sudah. Haha. Tapi, memanglah itulah kebiasaan orang kita apabila menyambut Tahun Baru setiap tahun. Nasib baik tiada yang mati terkejut. Dan satu lagi yang menjadi kemestian di dalam diri setiap orang ialah membuat azam yang baru. Admin juga sendiri mempunyai azam yang tersendiri. Lebih-lebih lagi, admin akan menduduki PBSMR (menggantikan PMR) pada tahun ini. Tapi eloklah letak azam yang baik sikit, bukannya azam nak balas dendam dengan orang yang kita benci. Tu memang tak boleh!. Seorang pelajar juga mempunyai azamnya yang tersendiri untuk belajar bersungguh-sungguh. Sabarlah adik ye..