Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

2014 Sudah? Mau Balik Sekolah Sudah?

Imej
Assalamualaikum Blogger! Hari ni ialah hari Jumaat. Jumaat merupakan penghulu segala hari seperti yang sedia maklum. Di hari ini, marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dan mengikuti sunnah-sunnah kekasihnya (Nabi Muhammad SAW) pada hari Jumaat. Hari ini sudah 27 Disember... bermakna tinggal 5 hari admin boleh cuti-cuti di rumah. Syukurlah... sebab admin sudah bercuti lama selama 3 bulan. Macam tak percaya ja... !  Selama 3 bulan cuti ni, admin tidak keluar rumah, asyik berkurung saja...! Heh. Di rumah pula, admin menyapu rumah, main komputer dan sebagainya. Tapi itu semuanya akan berakhir tidak lama lagi, tinggal 5 hari lagi... Haha... tahun depan cabaran makin banyak. Tahun depan admin akan menduduki PBSMR, tukaran bagi PMR. Ia merupakan format baru. Selama cuti ni, jarang betul admin baca buku; sedangkan buku teks sudah diberi. Bagaimana juga, di rumah main komputer saja. Heishh! Kepada semua, admin harapkan agar semuanya muhasabah d

Islam Agamaku #3: Mari Menghayati Hadis Rasulullah SAW!

Imej
Assalamualaikum Bloggerian ! Segala puji dan syukur kita sampaikan kepada Allah SWT kerana admin dan kita semua masih dapat hidup pada hari Jumaat yang berkat serta terdapat pelbagai keistimewaan.  Seperti sedia maklum sebagai seorang Islam, Nabi Muhammad SAW merupakan orang yang paling kita sanjungi kerana kekuatannya berdakwah kepada seluruh manusia sehingga kita semua menjadi orang Islam yang bersaudara. Oleh kerana itu, jika nama Rasulullah SAW disebut, dilihat dan dibaca, kita perlu berselawat kepada baginda.  صلى الله عليه وسلم Allah berselawat keatasnya.  Rasulullah juga ialah seorang role-model yang perlu dicontohi oleh setiap manusia. Dari penampilan dirinya, akhlaknya dan penyayangnya baginda kepada kita, harus kita contohi.  Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud; Aku tinggalkan dalam kalangan kamu 2 perkara yang kamu tidak sesekali akan tersesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya; iaitu Al Quran dan sunnah Nabinya (Rasulullah

Laptop Lapuk 0303 dah 2 Tahun !

Imej
Assalamualaikum semua! Apa khabar semuanya? Admin harapkan semuanya sihat belaka. Syukur kerana masih ada masa nak tulis di blog ni.  Alhamdulillah, Laptop Lapuk 0303 sudah 2 tahun dibangunkan oleh admin. Sebenarnya, Laptop Lapuk 0303 ni sambut hari jadi dia 24 November dulu lagi, tapi lupa; Haha. Admin rasa masih terdapat lagi kekurangan dalam menyampaikan informasi kepada anda semua dalam masa 2 tahun ini. Admin berharap agar tahun seterusnya, admin dapat menulis dalam blog ini lebih banyak lagi dari sebelumnya.  Happy 2nd birthday, Laptop Lapuk 0303 Maaflah, kisah ni keluar tajuk sikit. Petang tadi, admin nak solat Asar. Tapi, boleh-boleh admin tertidur, berselimut lagi... haha. Setelah puas tidur, admin sedar dan solat ( tak tau, sah ke tak! ). Admin pelik pula, kenapa mata sebelah kanan ni macam berat semacam ja... rupanya, merah bengkak. AAAH! Sakit tul! Lepas tu pula, macam orang sakit ja, tidur dan pegang mata. Ayah letak Eye-Mo dan pergi solat. Ayah pu

Islam Agamaku #2 : Mari Belajar Solat Sunat Dhuha!

Imej
Assalamualaikum bloggerian sekalian dan salam 1Malaysia. Malam ini, admin nak ajar sikit tentang satu solat sunat yang agaknya biasa kita dengar tak kira dari mana saja. Ia adalah Solat sunat Dhuha! Solat sunat Dhuha berkait rapat dengan rezeki sama ada dimurahkan rezeki, rezeki diberkati, manfaat rezeki dan pahala yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT. " Dhuha " bermaksud pagi. Sesuai dengan nama itu, ia dilakukan kira-kira 20 minit selepas terbitnya matahari di langit.  Waktu afdhal melaksanakan solat Dhuha ialah pada waktu sinar matahari semakin panas; Ia berdasarkan daripada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam yang bermaksud : " Solat Dhuha ini afdhalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya". Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai berlalunya seperempat tempoh pagi iaitu pukul 10:00 Pagi sehingga 1:00 Tengah Hari ( Berdasarkan Kitab Karangan Imam Nawawi bertajuk " Kitab Al Majmu' )

Cerita UPSR 2013!

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum Bloggerian sekalian. Alhamdulillah hari ini kita dipertemukan dengan hari Jumaat yang menjadi penghulu bagi setiap hari.  Kelmarin bersamaan 14/11/2013, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bagi 2013. Mengikut laporan Kementerian Pendidikan, keputusan calon UPSR pada tahun ini adalah yang terbaik dalam masa 4 tahun. Haha.. kalah kami yang ambil UPSR 2011. Kelmarin juga, admin ada pergi melawat sekolah lama admin, SK St Benedict, Ranau; itupun ada kawan ajak sama ikut dia. Macam kekok dan badan bergegar  pula masuk sekolah masa tu, (tapi sekolah dia sendiri maa...). Syukur ada seorang kawan admin datang dulu. Haha.. dia minta admin buka pintu sebab ada budak kunci dia... lawak!  Lepas tu, kami jalan ke blok pentadbiran dan telefon orang yang ajak admin datang sekolah ni... Dia ajak, dia lambat pula! Makin lama-makin banyaklah kami.  Nasib baik, cikgu-cikgu di sana masih ken

Tahniah, Para Mumtaz Sijil Menengah Ugama!

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم  Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, kelmarin Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah telah mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Rendah Ugama dan juga Sijil Menengah Ugama bagi tahun ini, 2013. Ada juga yang dapat Mumtaz dari SMA Toh Puan Hajjah Rahmah ... Syukur ! Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat keputusan Mumtaz Sijil Menengah Ugama 2013 dari Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajjah Rahmah. Tidak dilupa juga tahniah yang lulus dalam peperiksaan ini. Kepada yang gagal mencapai sasaran tu, semoga dapat memperbaiki lagi keputusan pada masa akan datang, Insyaallah.  Pada tahun ini, bilangan lelaki menurun sedikit mendapat pangkat Mumtaz; iaitu 2 orang sahaja. Manakala perempuan pula adalah sebanyak 7 orang.  Akhirnya, usaha anda selama beberapa bulan yang lalu telah membuahkan hasil yang lumayan. Hehe...  Sekali lagi,  ألف مبروك لكم والحمد لله Sekian, Wassalam. Kredit;  Ustazah Azlinah Abdul Gani  =

Cepatnya Masa Berlalu Pergi...

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum blogger sekalian. Alhamdulillah, admin dapat mencoret lagi di blog ni. Suhu yang sejuk suam di sekitar rumah admin menjadikan admin "datang akal" untuk menulis di blog ini. Bosan sungguh di rumah sekarang ni.. Duhai masa, kau pergi sangat cepat. Kini, admin sudah tingkatan 2 ; tahun depan tingkatan 3 pula. haha... Segala cabaran yang telah dihadapi oleh admin telah menjadikan admin lebih matang dalam berfikir. Ya Allah, saya tidak menyangka masa itu berlalu begitu sahaja tanpa disedari. Haha... Tadi mama admin mahu pergi sekolah... setiap hari ibu admin lambat ke sekolah. Terjadilah dialog antara admin dan mama admin: Mama : Adik! Jam berapa sudah? Admin : Jam 7:05 Pagi, mak. Mama : Cepat tul woo... Lepas tu mama admin tanya lagi: Mama : Berapa minit sudah? Admin : 10 Mama : ... Terkejutnya, 5 minit sudah berlalu, tapi mama baru saja tanya. Ish,ish,ish... Admin tahu... ada orang di sekeliling kita y

Sambutan Maal Hijrah @ Awal Muharram 1435H, 2013M

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum blogger! Apa khabar? Alhamdulillah hari ini admin dapat "mencoret" lagi dalam blog ni... Semalam, telah bertukarlah tahun hijrah daripada 1434 ke 1435 Hijrah. Syukur tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan keizinannya, kita dapat mengorak ke arah tahun baru Islam. Di Malaysia, setiap negeri akan mengadakan Sambutan Maal Hijrah pada setiap tahun. Ia untuk mengenang dan mengambil iktibar daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bersama-sama para sahabat baginda dan umat Islam.  Di dalam negara serba moden ini, kita diseru untuk menghayati dan melakukan hijrah demi keamanan hidup kita di samping mengelakkan diri kita terjerumus di dalam lembah kehinaan dan kemaksiatan. Tidak dapat disangkal lagi, cabaran akhlak dan agama menjadi cabaran pada zaman yang semakin membangun ini. Oleh itu, umat Islam perlu sedar bahawa hidup moden ini ada kalanya membawa kebaikan dan ada juga yang sebaliknya. Tahun i

Islam Agamaku #1 : Mari Mengenali Ahli Sunnah wal Jamaah

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum, salam Jumaat dan juga tidak admin rasa terlambat untuk mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua rakan blogger sekalian di mana saja anda berada. Rasanya sudah beberapa bulan admin tidak tidak "mencoret" di blog ni... hehe... Syukur Alhamdulillah, admin dapat bercuti selama 3 bulan kerana banyak peperiksaan besar akan dilaksanakan di sekolah admin. Tengok dulu tahun depan, kalau dapat cuti awal, heh! Janganlah mengharap sangat.. memang tidak! Sebab kalau tidak silap tahun depan admin akan menghadapi peperiksaan PBSMR. Mungkin itulah dari beberapa informasi yang admin tahu... Ok, kita tinggalkan cerita itu, mari kita mendalami ilmu bersama-sama. Di pagi Jumaat yang mulia ini, admin ingin berkongsi dengan blogger sekalian tentang "Ahli Sunnah Wal Jamaah" atau dalam bahasa Arabnya "أهل السنة و الجماعة".  Apakah "Ahli Sunnah wal Jamaah" ini? Seringkali kita mendengarnya, tapi admin rasa macam a